09 December 2011

Kongsi Info : Rahsia Pelukan



Kebanyakan lelaki tidak memahami mengapa perempuan sangat suka apabila dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah pertautan fizikal, sedangkan bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih mendalam.

Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara spontan. Bagi anda yang asing dan tidak biasa dipeluk mahupun memeluk, mungkin anda memerlukan sedikit tip.

Belai lembut rambutnya, ketuk wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Inilah, Alasan Mengapa Wanita Suka Dipeluk & Lelaki Tak Suka Memeluk, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan, seperti dipetik melalui laman Askmen.

Mengapa wanita perlu dipeluk Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para saintis dengan ‘sepasang ikatan’. Ertinya, pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Dalam urusan cinta, pelukan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Tambahan pula, bagi perempuan, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Pelukan boleh memberi makna lebih mendalam jika dilakukan dengan ikhlas. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana makna yang wujud boleh membawa maksud yang mendalam.

Mengapa anda perlu memeluk? Jika boleh biarkan diri dalam keadaan rileks secara fizikal dan emosional, anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan daripada pelukan.

Sebuah kajian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang bukan secara seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih berpuas hati dengan hubungan mereka.

Oksitosin dilepaskan dari otak anda dan akan mewujudkan perasaan bahagia dan menghilangkan stress. Jadi, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.

06 December 2011

Kongsi info : Pedoman untuk Suami Isteri


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON. Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR. Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH. Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN. Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA. Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA. Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG. Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM. Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG. Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI. Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI. Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu dapat menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK. Jangan berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH. Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS. Gunakanlah formula 7 K

 

1.  Ketaqwaan.

2, Kasih sayang.

3, Kesetiaan.

4, Komunikasi.

5, Keterbukaan.

6, Kejujuran.

7, Kesabaran.

13 November 2011

Kasih ibubapa



Salam. Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan zuriat yang sangat comel untuk ku. Sangat comel. Huhu. Jika dulu, saya tengok baby yang comel2 je baru cakap baby tu comel dan cute. Sekarang bila dah ada anak sendiri, semuanya comel bagiku. Hehe. Biarlah orang lain nak cakap apa pun, tapi bagi saya yang telah membawa mereka selama 9 bulan dalam perut ini, melihat mereka tidur pun comel. Geram sangat. Rasa macam nak gigit pun ada. Huhu.

Bila memandang matanya, hidungnya, mulutnya, senyumannya, tangannya, kakinya, ya allah! Indahnya ciptaan Mu..terima kasih ya allah kerana mengurniakan kami zuriat sebegitu indah dalam hidup kami. Jadikanlah zuriat kami sebagai insan yang soleh dan solehan. Taat pada perintahMu dan jadikanlah mereka insan yang berguna kelak. Amin.

Bila sudah ada anak sendiri, barulah mengerti dan faham kasih ibubapa kepada anak. Bila anak demam, risaunya sampai tak tidur malam. Usahkan demam, bila anak tak berak pun risau sampai tak boleh nak makan. Bila anak menangis, pening kepala memikirkan kenapa dia menangis, sakit perut ke? Sakit mata ke? Sakit telinga ke? Semut masuk dalam telinga ke? Dan macam2 la. Cuma anak je yang tak faham. Bila dah besar, masing2 buat perangai. Itulah dugaan kasih ibubapa. Kena la bersabar dengan perangai anak2.

Dan sekarang, saya seboleh2nya mahu gembirakan kedua ibubapa ku sebaik mungkin. Sementara mereka masih ada. Ya allah, hapuskanlah dosa2 kedua ibubapa ku.  Panjangkanlah umur mereka dan berilah mereka kesihatan. Rahmatilah mereka dan semoga Engkau tempatkan mereka di kalangan orang2 soleh kelak. Amin ya Rabb..

09 November 2011

Kongsi Info : Kelengkapan Bersalin @ Barang2 Keperluan Bayi Baru Lahir



Salam.
Hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk penyediaan barang2 bersalin dan bayi baru lahir. Senarai berikut berdasarkan carian dari internet dan juga pengalaman saya untuk perkongsian bersama.


  • Persediaan untuk bayi
  1. Baju siang baby - 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
  2. Baju malam baby - 5 Pasang.
  3. Stokin tangan n kaki.
  4. Napkin kain - utk bedung dia.
  5. Pampers - newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  6. Wet tissue @ tisu basah - dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  7. Topi baby.
  8. Selimut baby dan bantal baby.
  9. Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau).
  10. Kain lampin.
  11. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
  12. Tuala.
  13. Sabun baby.
  14. Syampu baby.
  15. Sikat rambut.
  16. Losyen.
  17. Putik kapas - untuk cuci pusat.
  18. Cotton buds.
  19. Bedak baby (bukan talcum).
  20. Besen mandi baby.
  21. Bakul alatan mandian.
  22. Pelapik getah.
  23. Pemotong kuku.
  24. Raga/ bakul - untuk letak pakaian baby.
  25. Beg bayi.
  26. Tilam.
  27. Katil. *
  28. Termometer. *
  29. Nursing Pillow - bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
  30. Car seat & stroller. *
  31. Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *
* item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.

  • Persediaan untuk ibu
  1. Set jamu bersalin
  2. Stokin
  3. Bra untuk menyusu
  4. Baju untuk menyusu
  5. Maternity pad - bagi saya, midnight pad pun sudah cukup
  6. Pantyliners
  7. Disposal panties
  8. Bekung
  9. Pati ikan haruan - bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan
  10. Susu menyusu - minum semasa berpantang
  11. Biskut - senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli

Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital

  • Beg baby
  1. Baju 4 helai - 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad.
  2. Kain lampin - 3 helai.
  3. Stokin tangan n kaki. - 3 pasang.
  4. Napkin kain - utk bedung dia - 2 helai.
  5. Pampers - 10 keping.
  6. Barut.
  7. Topi - 2.
  8. Bantal.
  9. Tuala - 1 helai.
  10. Minyak yuyi.

  • Beg ibu
  1. Buku merah
  2. IC
  3. Baju Tshirt - 1 helai.
  4. Kain baju kurung @ skirt labuh - 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe).
  5. Pad - 6 keping.
  6. Disposal panties - 4 (senang, buang je terus).
  7. Minyak panas - sapu kat perut.
  8. Stokin.
  9. Tuala.
  10. Berus gigi, ubat gigi, sabun.
  11. Majalah.
  12. Termos
  13. Gelas
  14. Sudu
  15. Sedikit biskut
  16. Milo 3 in 1
  17. Charger hp
Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. =)

30 October 2011

Doa Seorang Isteri


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi  suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen,  Ya Rabbi Allameen……

26 October 2011

Solat atau Sembahyang.... ?



Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. InsyaAllah....

25 October 2011

Kisah Dongeng - Stacy


Ku sedar ku tak seberapa

Jika dibanding mereka

Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias

Hanyalah hati yang ikhlas

Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa

Dalam waktu sedu

Dalam waktu hiba

Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna

Atau mungkin cinta sebegitu hanya

Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan

Dipeluk dalam dakapan

Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan

Kehadiran seorang teman

Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna

Atau mungkin cinta sebegitu hanya

Kisah dongeng saja

The real woman


EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:


"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own. ...

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."


23 October 2011

...


Kadang kadang saya keliru dengan perasaan sendiri..sudah cuba untuk tidak dianggap sebegitu tetapi itulah yang terjadi..oh tuhan..kenapa begini..inikah dugaan Mu untuk ku..ya rabb..tabahkanlah hati kecil ku ini..sesungguhnya daku terasa tidak berdaya untuk menghadapi dugaan demi dugaan..tabahkan lah hatiku ya allah..

24 August 2011

Berbuka di Chomey, The Curve Damansara. Kelantanese food~~

Salam..hari ni dah 24 ramadhan 1432..sekejap jer rasa masa berlalu, dah nak raya..huhu
Semalam hubby bawa saya dan uchna jalan jalan cari makan kat the curve, damansara perdana. Dan jumpa kedai Chomey, kelantanese food, yang menawarkan buffet buka puasa RM35++ per pax. Menu untuk berbuka adalah nasi kerabu + ayam percik + daging bakar + solod lada + sambal tumis + budu + keropok, nasi dagang + gulai ikan + gulai ayam + acar + telur, nasi putih ada gak + gulai daging, laksam, kuih lompat tikam, bubur pulut hitam, kuih popia, kuih sardin gulung, buah betik, dan air bandung. Saya rasa menunya berbaloi la dengan harganya.
Apa lagi, cuba laa. Rasanya tidak menghampakan. Pakej nasi kerabu sangat sedap dan lengkap. Sama macam kat kelantan. Laksam pun ok. Cuma nasi dagangnya tidak kena dengan selera saya. Huhu. Tapi overall sangat berbaloi kepada sesiapa ingin mencuba atau merindui makanan kelantan, boleh laa datang ke sini.

P/s ; sempat amik gambar nasi kerabu jer.huhu.sbb sibok nk makan ni..haha
Published with Blogger-droid v1.7.1

11 August 2011

Hipokrittt !!!!!!

Assalam..
Lama tak update blog..
Maaf la bagi sesiapa yang singgah kat sini..tiada perkembangan pun..tak sempat langsung..sibuk memanjang..

Hari ini, saya nak sikit bercerita mengenai hipokrit..hipokrit boleh ditafsirkan sebagai :

1. Seseorang yang cakap tak serupa bikin. Depan kawan cakapnya cukup baik, dibelakangnya dikutuk, difitnah dan dikeji. Memang ramai manusia yang memiliki sifat seperti ini. Bagi sesiapa yang berada dalam organisasi terutamanya di tempat kerja pasti akan berhadapan dengan manusia sebegini. Sukar sekali untuk mempercayai sesiapa pun disekitar anda.. Jadi berhati-hatilah bila bersahabat. Jangan terlalu mudah memberitahu rahsia..
2. Individu yang mempunyai pelbagai idea menarik dan bernas tapi diri sendiri tak buat. Sebagai contoh memberikan idea tentang penggunaan beg khas ketika membeli barang di komplek membeli belah bagi mengurangkan penggunaan kertas. Beri bermacam-macam ceramah tapi sendiri tak boleh buat..
3. Orang yang komen tentang orang lain tapi beliau sendiri melakukan. Sebagai contoh si A ‘komplen’ yang si Z suka mengorat pompuan kat internet tapi beliau sendiri selalu ngorat awek kat ‘facebook’.
4. Melarang orang melakukan sesuatu tapi beliau pun melakukan. Kalau kita baca dalam akhbar bukan sedikit kes imam, ustaz yang dipenjarakan kerana jenayah yang tak boleh diterima akal.. Sebagai imam/ustaz sudah pasti banyak ceramah untuk melarang dari berbuat dosa. Tapi apakan daya…

Jadi, rakan-rakan sekalian, adakah anda termasuk dalam golongan-golongan di atas?? Tepuk dada tanya laa diri sendiri.

Mungkin tanpa kita sedari, kita mungkin terjebak kepada perkara- perkara yang boleh menambah dosa. Sebagai manusia, kita tidak terlepas untuk disakiti dan menyakiti orang lain. Kadang-kadang alpa dengan kebaikan diri sendiri sehingga kita hanya nampak keburukan orang lain.

Saya pernah mengalami nasib yang sama di atas. Puncanya ketidakpuasan hati dengan rakan kerja. Biasalah, manusia bukannya sempurna. Sakit hati atau apa apa yang berkaitan dengan kerja selalunya akan diluahkan kepada rakan yang lain yang kononnya rapat dan baik. Dan tidak disangka pula orang tersebut menjadi batu api dalam hubungan rakan ofis. Memang tidak ku sangka. Ya ampun, kenapa mesti begini. Saya hanya meluahkan rasa tidak puas dan hanya mahu mengurangkan tekanan semasa kerja sahaja.

Harapkan pagar, pagar makan padi rupanya. Sakitnya hati mengingatkan orang tersebut bermati matian berjanji untuk tidak menyampaikan apa yang diceritakan. Aaahhhhhh...Perasaan dikhianati memang menyakitkan. Terasa mahu saja ku menyerang orang tersebut. Aaahhhh geram geram geram..namun apa kan daya ku. Nasi sudah jadi bubur.

Pengalaman ini cukup mengajar saya berhati hati dalam memilih kawan dan tempat meluahkan masalah. Memang saya juga bersalah dalam hal ini namun orang tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian iaitu menjadi batu api antara saya dan rakan ofis. Tak patut langsung!!

Sebenarnya kita lupa ada yang sedia dan sentiasa sudi mendengar luahan hati kita. Tak kira siang malam pagi dan petang, Dia tetap ada untuk kita. Ya allah, ya rahman, ya rahim..tenangkan lah hatiku yang gundah gulana ini..amin..
Published with Blogger-droid v1.7.1

03 May 2011

Pembalut rokok Dunhill boleh dijual RM1

Ramai yang masih tak tahu yang pembalut rokok yang bahagian dalam (warna perak) boleh dijual dengan harga RM1 sekeping..sepuluh keping dah RM10..kayo! Kayo!..haha..tapi hanya rokok Dunhill sahaja yang ada..so jangan dibuang pembalut itu..so boleh la save duit sket..tapi kalau nak save banyak tak yah merokok laa..huhu..

Info ini member yang bagi tahu sebab dia peroko yang tegar..hihi..anda boleh mencoba untuk menjual benda alah tuh ke agen sebenar yang jual rokok a.k.a pemborong rokok..bukan penjual kat kedai kedai yang jual rokok..tapi kalau diorang terima, ok jer..huhu..

Ok!..selamatkan duit anda daripada dibakar..huhu..bai!!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

27 April 2011

blogger-droid

Testing blogger droid..best ke??

Mcm blur jer..susah nak wat hurup kaler kaler..hukhuk..tp sangat senang bagi pengguna smart phone..huhu..mane nak masuk link..mane nak link gambor..

Jadi, ini hanya untuk taip taip je dan upload gambor dan video dari phone jer..huhu..ke haku tang tak reti reti ni..wawawa
Published with Blogger-droid v1.6.8

25 April 2011

Tips bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita..

Berikut ini saya kongsikan tip-tip bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita, kekasih@isteri anda.
Semua tips ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan ianya memang berkesan dan praktikal untuk diamalkan.
Setiap wanita memang sentiasa mahukan perhatian.

P/s-Tip-tip ini adalah khusus untuk para suami dan isteri saja. Yang masih belum berkahwin, jangan nak menggatal untuk mencubanya…
  1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan lain dan peluklah dia.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  5. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  6. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  7. Terima perasaannya dengan hati terbuka bila dia merasa marah.
  8.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  9. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut m persediaan.
  10. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia hal itu.
  11. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu p katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya
  12. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati. Biarkan di merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
  13.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat tekanan kerja, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk mengenai sesuatu.
  14. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya
  15. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya pada dia.
  16. Jika selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yan dicuci atau kerja membasuh yang sukar. 
  17. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat, tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang dilakukannya
  18. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli apa yang ingin dipesannya? Dan anda janganlah lupa pula untuk membeli untuknya.
  19. Berikan pada dia sekurang-kurangnya lima kali pelukan kasih sayang setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  20. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesua menarik, atau hanya berkata ‘Saya Sayang Awak…Muahhhs’.
  21. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
  22. Letakkan pakaian yang kotor @ sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan
  23. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh atau tidak. Tolong buang sampah untuknya. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu
  24. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai agar dia tidak risaukan anda.
  25. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya dari masa ke semasa.
  26. Sentiasa bersihkan diri anda,gosok gigi dan pakai wangi-wangian terut sebelum ‘bersama’ @ jimak.
  27. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian Jangan tegus direct masa tu juga.
  28. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya
  29. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk saja semata-mata.
  30. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, tumpukan perhatian kepadanya. pendengar yang baik.
  31. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Adab di depan khalayak mesti dijaga juga.
  32. Bila anda memegang tangannya, peganglah dengan penuh perasaan dan kemesraan. Jangan pegang macam robot!
  33. Ambil tahu dan ingat betul-betul, apakah makanan atau minuman yang dia suka. Beli @ masak makanan atau minuman yang dia sukai.
  34. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya menentukan di mana hendak makan. Anda lelaki, jadi anda lebih tah membuat keputusan.
  35. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suk selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  36. Berikan perhatian yang lebih kepadanya berbanding orang lain ketika anda di khalayak ramai @ bersama kawan-kawan. Ingat, isteri anda terlebih laya dilayan lebih istimewa berbanding kawan-kawan anda!
  37. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-ana menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama d awal sebagai contoh kepada mereka kelak.
  38. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel yang boleh menyentuh hatinya perlu berjiwa remaja kadangkala untuk memenangi hatinya.
  39. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna dan corak yang lebih digemarinya.
  40. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau majlis-majlis tertent kenang-kenangan.
  41. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik
  42. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
  43. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selama terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sed anda boleh laju.
  44. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menun anda ambil berat tentangnya. Contoh, “Awak nampaknya gembira hari ini” nampak letih la” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu a mengembirakannya dan sebaliknya.
  45. Kalau dapat, bangun solat malam @ qiamullail bersama-sama. Ini kalau dapat memang boleh menarik rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga anda.
  46. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
  47.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal perkenalan dulu
  48. Kalau ada apa-apa kerosakan kecil dirumah, cuba perbaiki nya secepat mungkin.
  49. Tolong asah pisau.
  50. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yan pecah. 
  51. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar dan sebagainya.
  52. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
  53. Pastikan bilik mandi sentiasa bersih dan berbau harum.
  54. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa baranga dibawanya. Jadilah lelaki yang gentleman.
  55. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjala barangan yang hendak dibawa di kereta
  56. Bila dia memasak untuk anda, pujilah masakannya. Jangan sekali-ka komplen masakannya.
  57. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dinyatakannya. Pada waktu-waktu tertentu pegang dia dengan tangan anda bila anda sedang berbicara dengannya.
  58. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia sedang buat, pada buku yang baca,dan pada orang lain yang dia kontek.
  59. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila and keluar rumah @ pergi kerja.
  60. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila d sesuatu untuk anda. Hargai dia seadanya.
  61. Rancanglah untuk makan angin bersamanya setidak-tidaknya sekali setahun 
  62. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya 
  63. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. Minta pandangannya tentang dan hargai pandangannya.
  64. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah me perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menun anda ambil berat padanya. 
  65. Untuk mendapat cinta, anda mesti terlebih dahulu memberikan cinta setulus Sekian, begitulah beberapa tips dan cara bagaimana untuk menjaga hati seorang wanita.

23 April 2011

Ketahui Maksud Nombor Plastik

Anda minum air dari botol air plastik, menikmati minuman sukan pengganti dari bekas plastik keras, membawa pulang susu anda dalam satu galon plastik dan bahkan memberi makan bayi formula dia dari botol plastik.

Hari-hari ini, hampir setiap minuman di pasaran dibungkus dalam plastik. Sekarang, membunuh kajian dan penyelidikan yang disokong kerajaan telah semua orang mempersoalkan keselamatan bekas plastik mereka - dari botol air ke gelas sippy.

Beberapa plastik keras boleh menyebabkan risiko kesihatan. Beberapa plastik ringan disyorkan untuk penggunaan perseorangan saja. Dan beberapa plastik tertentu yang bebas masalah.

panduan yang terletak di bahagian bawah bekas di dalam simbol segitiga kitar semula.

"Kami membaca banyak tentang kajian negatif yang keluar pada plastik tertentu Ini. Membingungkan orang kerana apa yang media tidak berbicara tentang adalah semua produk plastik yang aman di pasaran," kata Judy Amabile, pemilik Polar botol, yang membuat botol, air boleh digunakan semula terpencil yang direka khusus untuk berbasikal. Syarikat ini berpusat di Boulder, Colorado

Botol Polar cekap, contohnya, dibuat dari No 4 (LDPE), sebuah low-density polyethylene plastik iaitu mesin basuh pinggan selamat, boleh digunakan semula.

"Orang-orang bingung tentang apa yang selamat atau tidak menggunakan plastik," kata Amabile.
 
Di bawah maksud nombor primer plastik:

Nombor 1: Polyethylene terephthalate (PET), yang ringan
Quantcast plastik, digunakan untuk membuat membunuh botol minuman, dari minuman ringan ke air. botol PET dimaksudkan untuk kegunaan tunggal seperti PET rosak dengan menggunakan dan tidak boleh dibersihkan. Perhatian dengan produk PET bukanlah racun tetapi penumpukan bakteria akibat pembersihan jarang atau tidak cukup. Goresan dan ketidaksempurnaan dalam plastik mungkin host kuman. Ini botol plastik yang paling layak untuk dikitar semula.

Nombor 2: high-density polyethylene (HDPE) terbuat dari minyak bumi, plastik ini lentur, kabur dan serbaguna. banyak kegunaan meliputi botol sukan, kendi susu mendung, liners tempat bijirin, tas sampah dan belanja, dan syampu dan botol bekalan pembersihan. Ada risiko rendah pencucian, dan juga tepi jalan dikitar semula.

Nombor 3: Seiring dengan Nombor 7, polyvinyl chloride (PVC atau V) adalah salah satu plastik yang paling kontroversial. Wadah ini mungkin perlu disisihkan untuk kegunaan non-pangan. Gunakan mereka untuk menyimpan krayon atau manik-manik daripada sisa makanan. Nombor 3 telah digelar "plastik beracun" kerana pelembut (DEHA) yang dengan paparan jangka panjang boleh menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain. PVC kadang-kadang ditemui dalam bekas makanan, dan sering digunakan dalam pembuatan plastik.
Nombor 4: Low-density polyethylene (LDPE) digunakan dalam pembuatan tas roti, tas beku-makanan dan botol yg mudah dipengaruhi. Ini menghantar tidak ada bahan kimia yang diketahui ke dalam makanan. Hal ini dapat dikitar semula.

Nombor 5: PP (polypropylene) adalah tidak boleh dikitar semula seperti nombor 1 dan 2, namun plastik ini merupakan salah satu pilihan yang baik ketika memilih aman, bebas racun makanan dan minuman kemasan. Ini plastik mana-mana digunakan dalam bekas yogurt, botol sirap, sedotan dan botol ubat. 


Nombor 6: Polystyrene (PS) digunakan dalam pembuatan styrofoam, peralatan makan dan kontena plastik bungkus makanan. plastik ini mungkin leach sebatian stirena - karsinogen mungkin - dan boleh mengganggu fungsi hormon. 


Nombor 7:
Other (often polycarbonate or ABS), jelas keras, plastik pecah dibuat dengan polycarbonate, khususnya Bisphenol-A. Hal itu boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius. Para Nalgene popular dan penuh warna botol air adalah contoh yang baik dari plastik boleh digunakan semula. Syarikat Nalgene telah diganti botol air ini dengan versi Bisphenol-A-bebas. 

Kajian yang dilakukan pada haiwan makmal mendedahkan bahawa bahkan dalam jumlah kecil Bisphenol-A, hormon sintetik, mungkin berkaitan dengan kanser payudara, rahim dan prostat, masalah perkembangan awal, obesiti dan diabetes.

BABY-SAFE CONTAINER ALTERNATIVES

Bisphenol-A (BPA) telah digunakan untuk membuat botol bayi, gelas, dot dan teethers. Tapi tidak semuanya plastik harus pergi kepada tepi jalan itu.

Sebelum anda membuang botol bayi anda, semak simbol dicap di bahagian bawah bekas. Jadi akrab dengan nombor dan jenis plastik yang selamat untuk kegunaan makanan. Jika tidak ada simbol, hubungi pengeluar untuk melihat apa jenis plastik yang digunakan untuk membuat bekas. Pertimbangkan alternatif ini:

Glass: Botol gelas disyorkan untuk bayi yang belum makan sendiri. Silicone lengan membantu melindungi mereka dari menghancurkan.

Polyethersulfone: The plastik berwarna madu boleh dicuci di mesin pencuci pinggan mangkuk.
 Stainless steel: Bisa dicuci di mesin pencuci pinggan

Bamboo: Harus dicuci tangan

Polypropylene: Cuci di rak atas dan tidak digunakan dalam microwave.

Apa yang anda tidak diberitahu adalah bahawa banyak dari plastik yang digunakan adalah beracun dan bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik boleh keluar dari plastik dan terdedah kepada dalam makanan / minuman.
Fikirkan tentang hal ini, berapa kali sebelum menggunakannya.
  Plastik YANG bahaya digunakan adalah No: 3, 6, dan 7!
JANGAN GUNAKAN NOMBOR INI jika dinyatakan di bahagian bawah botol)!


19 April 2011

Hati seorang yang bernama wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu, Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya, Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu, Tolong pegang tangannya dengan pengertian. Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu. Tolong jangan mempersiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis di depanmu, Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya…. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah

Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki, Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,

Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!