13 November 2011

Kasih ibubapa



Salam. Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan zuriat yang sangat comel untuk ku. Sangat comel. Huhu. Jika dulu, saya tengok baby yang comel2 je baru cakap baby tu comel dan cute. Sekarang bila dah ada anak sendiri, semuanya comel bagiku. Hehe. Biarlah orang lain nak cakap apa pun, tapi bagi saya yang telah membawa mereka selama 9 bulan dalam perut ini, melihat mereka tidur pun comel. Geram sangat. Rasa macam nak gigit pun ada. Huhu.

Bila memandang matanya, hidungnya, mulutnya, senyumannya, tangannya, kakinya, ya allah! Indahnya ciptaan Mu..terima kasih ya allah kerana mengurniakan kami zuriat sebegitu indah dalam hidup kami. Jadikanlah zuriat kami sebagai insan yang soleh dan solehan. Taat pada perintahMu dan jadikanlah mereka insan yang berguna kelak. Amin.

Bila sudah ada anak sendiri, barulah mengerti dan faham kasih ibubapa kepada anak. Bila anak demam, risaunya sampai tak tidur malam. Usahkan demam, bila anak tak berak pun risau sampai tak boleh nak makan. Bila anak menangis, pening kepala memikirkan kenapa dia menangis, sakit perut ke? Sakit mata ke? Sakit telinga ke? Semut masuk dalam telinga ke? Dan macam2 la. Cuma anak je yang tak faham. Bila dah besar, masing2 buat perangai. Itulah dugaan kasih ibubapa. Kena la bersabar dengan perangai anak2.

Dan sekarang, saya seboleh2nya mahu gembirakan kedua ibubapa ku sebaik mungkin. Sementara mereka masih ada. Ya allah, hapuskanlah dosa2 kedua ibubapa ku.  Panjangkanlah umur mereka dan berilah mereka kesihatan. Rahmatilah mereka dan semoga Engkau tempatkan mereka di kalangan orang2 soleh kelak. Amin ya Rabb..

No comments: