09 December 2011

Kongsi Info : Rahsia Pelukan



Kebanyakan lelaki tidak memahami mengapa perempuan sangat suka apabila dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah pertautan fizikal, sedangkan bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih mendalam.

Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara spontan. Bagi anda yang asing dan tidak biasa dipeluk mahupun memeluk, mungkin anda memerlukan sedikit tip.

Belai lembut rambutnya, ketuk wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Inilah, Alasan Mengapa Wanita Suka Dipeluk & Lelaki Tak Suka Memeluk, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan, seperti dipetik melalui laman Askmen.

Mengapa wanita perlu dipeluk Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para saintis dengan ‘sepasang ikatan’. Ertinya, pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Dalam urusan cinta, pelukan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Tambahan pula, bagi perempuan, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Pelukan boleh memberi makna lebih mendalam jika dilakukan dengan ikhlas. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana makna yang wujud boleh membawa maksud yang mendalam.

Mengapa anda perlu memeluk? Jika boleh biarkan diri dalam keadaan rileks secara fizikal dan emosional, anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan daripada pelukan.

Sebuah kajian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang bukan secara seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih berpuas hati dengan hubungan mereka.

Oksitosin dilepaskan dari otak anda dan akan mewujudkan perasaan bahagia dan menghilangkan stress. Jadi, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.

06 December 2011

Kongsi info : Pedoman untuk Suami Isteri


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON. Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR. Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH. Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN. Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA. Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA. Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG. Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM. Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG. Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI. Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI. Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu dapat menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK. Jangan berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15.KETIKA ANAK BERMASALAH. Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS. Gunakanlah formula 7 K

 

1.  Ketaqwaan.

2, Kasih sayang.

3, Kesetiaan.

4, Komunikasi.

5, Keterbukaan.

6, Kejujuran.

7, Kesabaran.