29 September 2013

Selamat ulang tahun yang ke 2 untuk my hana

Hari ni genap umur anak saya no 2, dhia hana nadhira 2 tahun. Sakit masa melahirkan masih segar dalam ingatan. Kalau ingat balik, memang tak nak mengandung dan bersalin. Serik rasanya. Huhu tapi dah dapat adik jugak serik2 pun. Rezeki Allah nak bagi. Daku terima jua. Huhu. 



Hana, umi doakan semoga hana jadi seorang anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang baik dan semoga hana sentiasa didalam lindungan Allah. Ingat la umi dan abi di dalam doa mu kelak nak. Aminnn. Walaupun kekadang, umi geram dengan hana yang sentiasa mencabar kesabaran umi, hana tetap comel. Maafkan umi andai umi ada salah memberi tunjuk ajar ye. Umi saaaayyyannnggg hana. 

Nanti umi bawa hana gi jejalan ye. Kita 4 orang jer. Hihi. Ok. Babaii

Kongsi resepi ; masak cupcorn guna microwave 4 minit je

Salam. Hari ni kita buat cup corn. Yeah. Asyik2 beli je. Huhu. Cuba la buat sendiri. Ni la resepi yang paling mudah.  Semudah abcd. Huhu. Beli sepeket jagung manis yang dah dipotong baru 3 hinggit lebih. Dapat la dalam 4,5 cup kot. Huhu. 

Ok cara nya mudah je. Amik secawan jagung manis, basuh dan toskan sekejap kemudian letak dalam bekas tertutup. Pastu masuk kan dalam microwave, guna kuasa paling tinggi slama 2 minit, pastu kacau pastu masak lagi dalam 2 minit.

Pastu masukkan susu manis 1 sudu kecil, garam setengah sudu kecil dan mentega 2 sudu kecil. Siap!!! 


Kalau kurang garam, adjust2 la rasanya ye. Makan panas2. Bila dah sejuk tak sedap. Huhu. Ok.

Puas hati dapat makan ni. Selalu beli 1 cup tu, x cukup je rasanya. Haha. Memang stok jenis lapar jer. Huhu


Kecoh ; pakcik guard kena maki dengan isteri pemain bola sepak negara

Salam. 24/9/2013, kecoh 1 malaysia pasal seorang pakcik guard kena maki oleh seorang wanita yakni isteri kepada pemain bola sepak yang agak terkenal. Siapa yang tak tahu pasal ni, mesti dia takda facebook. Betul tak? Huhu. Mmm macam macam la sekarang ni. Siapa tak tengok lagi, cari la kat you tube mesti ada. Nak cakap pasal salah siapa, korang mesti tahu kan. Huhu.  Sehinggakan bekas mufti perlis iaitu dr mohd asri @ drMAZA pun turut memberi komen beliau tentang perkara ini.  


Dan beberapa kritikan lain 


Huhu. Kritikan demi kritikan dibaca. Sampai nak tergelak pun ada. Kawan kawan, kalau korang kutuk wanita terbabit, sama je korang dengan dia tau. So takyah la nak sedekahkan pahala korang kat dia. Penat tau buat pahala ni. Huhu. Apa pengajaran yang kita dapat dari kes ini? Jangan sekali2 berniat untuk mengaibkan orang lain, nanti Allah akan buka aib kita. MasyaAllah, minta la dijauhkan segala kemungkaran. 

Satu lagi saya tak faham. Mestikah kena wujudkan macam ni 


40k likes pakcik guard ni. Huhu. 

Saya tersedar sekarang bahawa cepatnya gosip2 ni tersebar. Memang pantas tersebar. Jadi, pilihan dosa atau pahala di tangan sendiri. Jangan sampai berita yang anda sampaikan itu menjadi fitnah. Ingat ye. Ws

P/s ; sori la, malas nk hide2 nama u all. Hehe. Jangan marah erk kalau terbaca post saya yang ni



23 September 2013

Kongsi resepi : garam kunyit

Salam..hari ni nak cerita pasal garam kunyit untuk goreng2 tu. huhu. Ni pun citer erk. Hihi. Sebenarnya sy ni tak suka sangat guna serbuk kunyit segera tu. tak kick rasanya. Pastu tak garing. Kalau guna kunyi hidup, bau dia, waaaaaaaaa memang membangkitkan selera. Nak nak, ayam goreng. Uuuuuuuu sedap nyaaaaaaaaa. Ratah camtu je sampai tinggal tulang. Huhu. Kalau balik kampung, mak mak mana pakai kunyit serbuk, semua pakai kunyit hidup,(eh my mum je. tak tahu la mak u all hihi) kalau goreng ayam, mesti tinggal separuh je sebab separuh lagi dah diratah dulu. huhu. Makan ikan goreng dengan nasi putih panas2 pastu taruk kicap pun sedap. Memang selera orang demam. Haha. Orang demam cam sy je. Tak tahu la orang lain. Hihi. 

Ok. Bahan2 nya cuma bawang putih dan kunyit hidup. Ni sy buat stok untuk berbulan2 lama nya. Elok tumbuk sebab tak taruk air. Tapi sebab banyak, baik la blend jer. Lagi senang keje. Hoho 
Kalau nak taruk serai pun boleh, lagi wangi. Kemudian potong kecik2, masuk dalam blender, taruk air sikit je tau. Taknak kasi berair. Agak2 tak leh blend, tambah la air sikit2. Blend sampai hancur. Dan ini lah hasil nya. Sy dah keluarkan letak dalam botol. 


Ambil sebungkus garam halus, masuk kan ke dalam kunyit yang dah di blend tadi. Just gaul pakai sudu je. 


Dan masa letak garam tu, letak separuh je dulu, takut terlebih garam plak, nanti masin plak jadi nya. Ni sy letak tak habis pun sebungkus garam tu.



Dah siap. Garam kunyit ni simpan je kat luar. Tak yah letak dalam peti sejuk. Kalau nak guna, amik 1 sudu kecil untuk seekor ikan. Lebih kurang la. try n error. Kalau masin, next time kurang kan dos nya. Ok. Good luck

22 September 2013

Roti tissue sedap nasi kandar kota damansara

Salam. Tadi pusing2 cari kedai hardware, singgah kat nasi kandar kat kota damansara. Pekena teh ais..mm x kaww pun..aritu punya best gak..aritu?? Tahun lepas. Hehe. Yang selalu order situ ialah roti tissue. Huhu. Panjang rooti tissue dia sampai 3  pinggan lebih. Wuhuuuu. Masa  depa bawa datang ke meja mesti ramai mata yang memandang. Haha. Yela..tinggi sangat. 
Ni gambar dari en google. Tak sempat nak snap masa makan tadi. Huhu lebih kurang la rupanya ni. 
Dah abis makan, time nak bayar plak. Jangan terkejut, harga nya RM 10.00.........spechless jap. Huhu..berbaloi ke ah? Cam rugi ja. Agagagaga. Tak caya??? Tengok la resit ni 
Roti kosong pun RM1.40 kottttttttt...huhu..adakah ini kesan kenaikan petrol baru2 ini??? 

Bak kata orang lain ; Tak pe.minyak naik 20srn je pun.

Pstttttttttttt.. Aduiihhhhh pening makk!!!!

06 September 2013

Kongsi tips ; beli tilam

Salam. Rajin plak nak update blog. Hehe.  So hari ni nak cerita pasal tilam. Huhu. Tips beli tilam. Tapi seriously, tak rugi pun melabur kat tilam ni. Sebab lebih kurang 1/3 dari kehidupan sehari korang, korang mesti spend atas tilam. Betul x? Huhu. Jadi, keluar la bajet lebih sikit untuk beli tilam yg selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga. 
Secara ringkas nya, tips beli tilam dari saya pada hari ini ialah cari yang pocket spring. Apa itu pocket spring? Spring dia kecil kecil je. Apa fungsi dia? Sila tanya encik google. Cari tilam yang tak yah balik2. Kalau tilam dulu, pakai dalam masa tertentu, kena pusing sebab dah tenggelam. Pastu tilam tu kena ada topping kat atas. Terpulang la nak latex ke foam ke. Ada keras ada lembut. Bagi yang belum tua, cari yang yang sedang2. Tak lembut tak keras. Ada tilam keras cam kayu kot rasanya. Tapi itu untuk orang tua yang ada sakit belakang. Terlalu lembut pun tak bagus untuk menyokong tulang belakang bila tidur. Nak senang, cari yang 5 zon yang mana fungsi nya ikut lentik belakang kita. Dan last skali bajet. Hehe. Untuk ciri2 di atas, biasa dalam 2k hingga ke 3k buat masa sekarang. Yang paling penting beli yang buatan kilang, cam king koil ke. Sesetengah kedai, diorang ada tilam house brand yang mana nama tilam tu korang tak pernah dengar pun kat luar, diorang ambil spec2 tilam kilang yang famaous pastu ubah yang mana nak ubah mungkin kurang kan spec, pastu letak nama sendiri gitu, modal mungkin murah, tapi jual mahal. Huhu. 
Ops jangan lupa, saiz tilam. Saya nasihat beli je saiz king terus. Nanti bila dah anak nanti, tak muat tidur. Percaya la cakap saya. Rugi sekarang tapi untung masa depan. Hehe
Beli kat mana? Saya suggest pergi kat Sharina Design mattress super store kat bandar sri damansara. 

Harga tilam kat sini lagi murah compare dengan kedai yang saya survey sebelum ni. Maklum la kedai yang saya survey tu kedai cha ya nun alif. Musti la mahal kan. Standard la. tapi ini kedai melayu. Owner orang kelantan. Mesra. Tanya je dia, semua dia jawab. Ini apa, bagaimana, mengapa, kenapa, untuk apa. Hehe. Memang susah nak jumpa orang kita buat bisnes tilam ni. Jadi, sokong la orang kita. Hehe.
Haa lagi 1, pasal katil. Kami dah 3 tahun lebih tidur atas tilam je, katil dah dibuka sebab anak sulung 3x jatuh katil. Hukhuk. Sayang nya katil tu dah la solid wood, kayu jati lagi tu. hubby bagi kat mentua. Hukhuk. So kami dah tak da katil dah. Itu nanti la, tunggu anak2 dah besar dan tidur bilik sendiri, baru fikir balik. Hukhuk.
Harap paparan saya dapat membantu bagi siapa nak cari tilam. Wassalam.

05 September 2013

Kongsi tips ; Macam mana nak print screen guna iphone

Cara untuk print screen guna iphone. Mudah jer. 
Mula2 masuk setting -> general -> accessibility -> assistive touch -> on
Pastu muncul cam hidden button boleh gerak2. Tekan button tu masuk device -> more -> screen shot. 

Faham? 

1 cara lagi, guna 2 jari, tekan button home pastu dalam masa yg sama tekan button power kat atas, terus akan screen shot. 

Simple kan. Selamat mencuba!!!!!!

05 July 2013

Orang yang paling rapat

Siapa orang yang paling rapat dan dekat dengan hati kita? ibu? ayah? suami? isteri? anak? sepupu? best friend forever? semua nya tak! Siapa lagi kalau bukan Pencipta kita yang SATU. walaupun seerat mana hubungan kita dengan manusia, namun hanya DIA yang tahu segala gala apa yang kita rasakan, apa yang kita sembunyikan dari orang yang paling rapat. aku sangat cintakan ALLAH. hanya ALLAH yang tahu apa rahsia hatiku. Hanya DIA saja yang mengerti apa yang aku rasa. Ya ALLAH, ampuni lah segala dosa dosa ku, hilangkan la segala duka ku, peliharalah aku.

Cover ipad yang sesuai untuk kanak2

Salam. Yea!! Dah dapat cover ipad baru untuk diorang. Ummi yang seronok, anak2 ummi relax je. Hehe. Diorang relax la sebab yang keluar duit nya bukan diorang kan kan. Mmm bagus juga cover nih. Tebal. Material palstik foam. Bagus la. dah kerap sangat jatuh nya. Sibbaik belum pecah lagi. Huhu. 
 Ada dua tangan. Senang nak pegang. Hehe
Tebal. Tapi agak agak selamat tak kalau jatuh bahagian depan ni. Selamat kot erk. 
Bahagian bucu pun tebal. So kalau jatuh bahagian bucu pun takde la risau sangat. 
Tapak kaki yang tebal untuk berdiri. Hikhik 
Bagus kan. Cuma agak longgar sikit. Tak ketat. Mm boleh la. janji bucu dan depan tu selamat kalau jatuh.

04 July 2013

Tips untuk tudung bawal jadi keras, senang pakai

Salam. Walaupun sekarang berlambak2 tudung express, sy tetap pakai tudung bawal. Sebab bila pakai tudung bawal ni, ia nya menampakkan kita lebih muda berbanding dengan tudung express nampak lebih tua dari usia sebenar. Huhu. Ini adalah fakta, bukan auta. Huhu. Tapi kadang2 pakai gak tudung express tu, sebab malas gosok kan. Hahaha

Ok, tips untuk jadikan tudung bawal jadi keras, senang nak bentuk. Sy guna easy on double starch.

Caranya senang je, dah abis gosok tudung tu, buka tengah2 lipatan, sembur sikit kat tengah tu, pastu gosok skali lagi sampai kering, dan siap boleh pakai. dah bertahun dah pakai benda ni. Huhu. Nak beli kat mana? Supermarket la tesco ke. Dan yang pasti, mydin mesti ada. Hihi

 
Senang la jadi nya..tada..abai kan muka di atas..hihi..  Ni untuk bawal yang lembik jer yang susah nak di bentuk. Kalo bagi bawal yang tebal tu, senang je nak bentuk, tak yah easy on pun ok dah. Selamat mencuba!!!

29 June 2013

Mmmmmm

Salam

Mision possible is jahit baju raya..kejap je masa berlalu..huhu..dah nak puasa..owhh..bila puasa teringin nak puasa kat kampung..bila sebut kampung dan puasa, apa la yang paling best selain berbuka puasa bersama ma dan abah..owhh really miss my arwah abah a lot..rasa macam abah ada je kat kampung nuh..rindu sangat kat abah..baru ku tahu erti kerinduan yang tiada pengujungnya..semoga arwah di tempat kan di kalangan orang yg beriman..kepada yang masih ada ibubapa, sayangi lah mereka dan berbuat baik lah tika mereka masih di dunia..
Abahhhh...😭😭😭😭😭😭😭

24 June 2013

Tak reti nak buat karangan

Salam..emmm saya heran la..macam mana ya ramai suka update blog..saya ni paling tak suka nak buat karangan..bosan tau..saya buat blog ni pun sekadar suka2 je..huhu..update pun jarang2..muaahahaha..nampak sangat ada sifat M..huhu..siapa yang update blog tiap2 hari tu, memang saya tabik spring!!!! Toing toing!!! Pastu pergi blog orang lain dan komen2..waaaaa rajin..saya?? huhu..Ni pun sampai mengantuk mata ni haa. Ye la sebab menaip nya di tengah malam kan..mata pun dah berpinar2..huaaaaa nak tido la..gud nite..assalam..sebelum tu, tengok la si bulat saya yang ke3..danial hakeem mirza..pengganti kepada yang telah pergi..semoga jadi insan yang soleh.amin

17 May 2013

Penyakit kaki tangan dan mulut

Alhamdulilah syukur nikmat yg dikurniakan..
Sekarang anak2 sy kena penyakit tangan kaki dan mulut..ya allah, terkejut sebab dah setengah bulan ni, sy sendiri yang jaga mereka..macam mana boleh kena? Mungkin kena virus tu masa balik kampung masa PRU13 hari tu..tapi anak anak sy je yang kena..anak anak kakak dan abang takda pula..tak pe laa..mungkin ini rezeki sy..
gelaja2 yang dihadapi oleh anak anak sy ialah anak no 1 demam pada mula2 pastu naik bintik2 kat punggung, ade ulser kat dalam mulut dan sakit tekak..anak no 2 pula, demam macam kakak nya..tapi bintik2 tu naik selepas 4 hari dari kakaknya, mula2 naik kat kemaluan, dan merebak ke mulut dan badan..kami bawa diorang jumpa doktor, baru tahu penyakit ni, tapi sy dah agak awal2 lagi..ingat kan ada ubat..takda rupanya, cuma doktor bagi ubat kaler pink untuk kurangkan gatal dan ubat mulut untuk ulser..doktor nasihat suruh minum air banyak2..mmm anak sulung senang la..suruh dia minum air banyak2, dia minum, tapi yang kedua ni, susah sikit..sebab kecik lagi..suruh minum air pun taknak..menangis jer..haaiiihhh dugaan..apa apa pun ini sedikit info yang sy copy dari laman web..

Ya allah, kurniakan kami kesihatan yang berkekalan..amin..


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

  •   Demam yang ringan

  •   Rasa tidak sihat (letih dan lesu)

  •   Sakit tekak

    Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

    Siapa yang mudah dijangkiti?

    Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

    Adakah penyakit ini berjangkit?

    Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.


28 April 2013

Iphone 5 review

Sehingga hari ni, sudah masuk 2 bulan saya jadi pengguna apple..huhu..so far so good..mula2 terasa amat jangal sangat sangat...sangat..sebab dah biasa dengan android kan..rasa cam, aahhhhh tak best nya..sebab segala gala nya kena bayar..eh tak semua, ada yang free..tapi whats app pun kena bayar tau..what to do..beli je laa..kang susah plak takda whats app ni..huhu..dan apple takda widget..aaahhh bosan tak..huhu..cuma yang paling ialah camera nya..yang ni sangat sangat best..huhu..❤❤❤❤❤.. Power...memang superb...tak payah dah guna dslr lagi..hikhik..dan ianya tak cepat heng..wahahaha..ini juga sangat pentingkan..dulu pakai android, selalu je heng..huhu..bateri..mmmm standard laa..touch screen tahan 1 hari je..tapi kalo tak guna, tahan la 1 hari lebih..tapi dah nama henpong kan, mesti la selalu ditekan tekan di picit picit..itu aje la review dari saya..tak rugi pun pakai ios6..so siapa yang nak beli, jangan fikir 2 kali, beli jer terus..hikhik..sekian dari saya untuk hari ni..opss sebelum tu, ni sedikit gamabr untuk tatapan semua..huhu

Kredit : thanks to my hubby sebab hadiah kan iphone 5 untuk my birthday..❤❤ u









03 February 2013

Doa buat abah

rindunya kat abah..rindu sangat2..rindu nak dengar dia berceloteh..rindu nak dengar dia marah, gelak, sedih, semua laa..

hari ni dah 1 bulan 1 minggu abah admit wad..asal, demam pastu +ve letpo a.k.a kencing tikus..dah ok yang tu, +ve leukemia plak..aahhh macam2 dugaan abah kena hadapi..

dulu abah seorang kuat..takat demam sikit2 ni, tak layan der..orang lain lembik, dia masih cool dan maintain, cuma kena rehat banyak..huhu memang mantap badan abah yang nak masuk 70 tahun..orang kampung la katakan..mandi air perigi, makan telur ayam kampung separuh masak..itulah rahsia abah..

tapi lepas dia kena +ve lepto disember 2012, segala galanya telah berubah..demam on off..hilang selera makan..dan badan semakin lemah..awal2 doktor HUSM tak dapat detect punca sakit..pastu, pergi pakar perdana, baru dapat doktor sahkan +ve lepto dan fungal infection dalam mulut abah..so sebab tu dia tak nak makan..sebab sakit mulut.. ya allah..

pastu pindah ke HKB 30hb disember 2012, wad temenggong a.k.a icu..pastu tukar wad biasa, pastu masuk balik icu..sian abah..sekarang langsung taknak makan walaupun sikit..ya allah..ringankan la beban yang ditanggung oleh abah..

sekarang saya diberitahu oleh adik, abah dah mula lambat nak cam orang2 yang disayang..tenung 2, 3,minit, baru kenal..ya allah..sedihnya..kalau la saya boleh bersama2 adik beradik yang lain ketika ini..

saya sedang menanti kelahiran no 3, sekarang dalam 37minggu ++..lagi 2 minggu..sekarang tengah sakit2 sudah..macam mana nak balik kampung..tak sanggup rasa nya nak travel dalam keadaan saya yang sakit ni..susah nya nk terangkan sakit ini macam mana..

hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada ilahi..semoga abah cepat sembuh seperti sediakala..sikit lagi, abah dapat cucu yang ke19 dah..huhu..cucu lelaki yang ke 5..betapa ramainya cucu perempuan abah kan..hehe..

ya allah ya rahman ya rahim, ampuni la segala dosa dosa ku dan dosa dosa ke dua ibubapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka memelihara dan menjaga sewaktu aku masih kecil. permudahkanlah segala urusan mereka ya allah. amin ya rabb..