15 December 2012

Purse authentic fossil

Dah dekat 5 bulan pakai purse fossil pemberian dari incik suami..sangat2 teruja..kenapa?? Huhu..tah..dah lama sangat x tukar purse..ada kot 2 tahun..huhu..
So, survey2 la yang baru..susah tau nak cari yang baru nih..ke saya yang banyak songeh..hakhak..sebenarnya saya cari yang friendly user laa..ada tempat yang letak kad2, gambor, dan ofcourse duit syiling..setengah purse tu tempat duit syiling tu, kecik je, kalau letak banyak sket dah kembung..huhu..so far ini lah yg terbaik..dan yang paling penting sekali, boleh selit telipon mudah alih yang comel ini..hehhehee

11 December 2012

Luncheon at J.Co kota damansara


iced blended cappucino J.Co..uwaaaaa terbaik laaaaa..huhu..tapi lupa nak snap sebelum abis..huhu...di sebelah kiri, tapau donut2 kecik utk una n hana..huhu..

neway..happy belated birthday to me on 5th December..moga allah jadikan saya sebagai isteri dan umi yang soleh, penyabar, penyayang dan yang terbaik untuk suami dan anak2 comel umi..

p/s: wish untuk diri sendiri sebab takde orang pun nak wish
mood ; unknown

05 August 2012

resepi roti john sardin simple n special

salam..menu berbuka pada hari ini..roti john sardin simple n special..rasanya sedap lagi dari beli kat pasar ramadhan..sedap giler..huhu..cuba laa try..mesti anak2 suka punya..anak saya kecik lagi..x pandai nak makan..so, ianya menjadi kegilaan anak sedara..huhu..ok jom kita tinjau resepi..

bahan bahan utk 4-5org makan..

1 tin sardin botol kecik
roti john kecik- dibelah dua, jgn sampai putus
mentega
4 biji telur
1biji bawang besar-hiris dadu*
3 ulas bawang putih-hiris*
1 biji lada besar-hiris*
sedikit garam
1 sudu kicap manis
sepotong limau nipis
kubis -dihiris halus
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
sos cili
sos mayonis

cara cara masak:
panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda * hingga wangi
masukkan sardin, kicap, garam, perahan limau nipis
kacau hingga rata, dan jangan lupa hancurkan isi sardin
siap, ketepikan seketika.
panaskan kuali leper, letakkan sedikit mentega
pecahkan telur di dalam mangkuk, kemudian masukkan sardin yg dimasak td
setelah kuali panas, masukkan campuran telur n sardin tadi dalam 2 3 sudu, agak2 sebesar bukaan roti, bila telur dah masak, terbalikkan sekejap seblum angkat..ulang langkah tadi sehingga telur sardin abis.
stage lain plak, setelah roti masak, letak kan kubis yang dihiris halus, sos cili, mayonis, serbuk lada hitam n serbuk lada putih, kalo ade sos blackpepper lg sedap..huhu..tutup..dah siap..

kalo 1 tin sardin dapat dlm 5 roti john kecik, kalo guna roti segi empat biasa pun boleh juga, dapatla dalam 7 keping..sedap juga..cuma nipis sket..ala, nk abiskan kalo ade lg kan..hehe..

nk cuba gaya lain, letakkan belahan sosej sebelum letak kubis n sos..pun sedap..x rugi kalo mencuba..skali cuba, pasti u all takkan beli roti john kat luar lagi..huhu..neway, selamat mencuba..

pssss.....sori x de gambor laa..nnt kalo ade sy upload yerrr

01 April 2012

Tema Lagu Cinta Buat Emelda - Hatiku milikmu by Nera AF9

Tema lagu cinta buat emelda kat TV3 yang ditayangkan sekarang iaitu lagu hatiku milikmu dinyanyikan oleh nera AF9..the best song that i ever heard..best sangat sangat..suka suka...

jom tgk  layan video lagu ni....


Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]
Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

download lagu mp3 klik SINI


28 March 2012

Samsung Galaxy SIII vs iPhone 5

Yang manakah pilihan hati? Samsung S3 atau iPhone 5? hohoho...ada rumos mengatakan Apple dan Samsung nak launching keluaran terbaru mereka serentak?! biar betul..


Emm survey mengatakan Galaxy S3 be better than any other android phone?? hoh?? betul ke?? tak sabar rasanya...eh eh..gaya cam nak beli pulak yer..banyak duit laki nak beli!!..hehe..emm ni dapat info sket pasal S3..

1.5 Ghz quad core processor
2 GB RAM
2 GB ROM
12 MP camera with 1080p @ 60 fps videos
2 MP front facing HD camera
xenon flash
4.6″ screen
ICS
720*1280 display
bluetooth 4.0
4G
NFC
super amoled
dedicated camera button



iPhone 5 pula dikatakan akan lebih hebat dari iPhone 4S dengan 4.6 inch retina display, quad-core processor, a curved glass screen, 8mp camera..owhhh...pape pun, iphone memang cool..huhu


How do they look? How much the price? sama-sama kita nantikan..mungkin Mei ini..atau Jun..atau Oktober ini??...aaahhhhhh seksanya menunggu..tapi tunggu je laa...huhu

Beza Android dengan iPhone

Sekarang sudah semakin ramai yang gila pakai gajet..huhu..termasuk saya..kekeke...yang mana satu jadi pilihan..hoho..android phone or iphone..bagi saya, dua dua best..apple, friendly user..android pun tak kurang best gak..tapi iphone is more coollllllllll....hihihi..

walaupun pakai android, iphone tetap pujaan hatiku..entah kenapa..haku pun tak tahu..walhal i just realize that android is much better than iphone actually when i saw this video..huhu..i love apple..hikhik..pape pun..layan video nih..



16 March 2012

Perbezaan antara isteri yang bekerja dengan isteri yang tidak bekerja pabila mereka sakit

Apa perbezaan isteri yang bekerja dengan isteri yang tak bekerja pabila mereka sakit. jom kita tinjau

isteri bekerja.

1. pabila sakit, boleh dapatkan mc kat klinik.. boleh rehat dari pagi sampai petang supaya dapat recover sakit cepat sket..
2. pasal anak2..jgn risau..hantar je kat rumah pengasuh atau taska..bagi pasangan yg berkeupayaan, mungkin mereka ada bibik..jadi bibik laa yang jaga macam biasa.

isteri yang tak bekerja.

1.pabial sakit, pergi klinik, dapat ubat, balik umah..kalau minta mc, nak bagi kat siapa..hmmmm...telan ubat..rehat jap..
2. pasal anak anak..mestilah jaga sendiri kan..owh diorang tak siap lagi..tak mandi lagi, tak makan lagi..owh..siap kan mereka dulu..pastu rehat jap..kepala dah denyut2 ni..owh anak pertama dah nak balik daripada sekolah..lunch tak siap lagi..masak..pastu prepare anak untuk ke sekolah petang pula..tak sempat nak rehat, si kecil pula nak susu, berak laa..etc..petang baru boleh rehat..aaahhhh lega nya...pastu kul 6 hubby pulang dari kerja..bertambah lega..harap2 dia dapat membantu siapkan dinner..kalau boleh harap..kalau yang tak boleh harap? macam mana plak yer...

huhu..begitu laa kehidupan..untuk isteri bekerja, atleast mereka dapat juga cuti sekejap berbanding dengan si isteri yang tak bekerja. kalau difikirkan, isteri yang tak bekerja ni, mereka dah terlebih lebih kerja..dari pagi sampai malam..tak cuti pun..jadi hargailah mereka

Posted via BlogPost

22 February 2012

letgo massage cream for stretch marks brand cocoa butter formula

cocoa butter formula, masssage cream 125 g, helps prevent and reduce stretch marks..
free massage cream 30g & organic body balm 20g.
nak letgo..rm 35 including postage..
siapa berminat sila mesej atau tinggalkan pesanan anda..
sebab nk letgo..tak sempat pakai pun..masih berkeadaan baik..

14 February 2012

kongsi info : tips mendidik anak anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

08 February 2012

testing

testing my new android..galaxy tab 7.0 plus..huhu..so far so good..cuma camera tak berapa cantik la..dan juga wifi..aahhh signal wifi very bad laa.....huhuhu..pape pun best jugak laa sebab orang bagi..hihi
Posted via BlogPost

20 January 2012

Kongsi Info : Petua untuk hilangkan selsema bayi dengan lebih berkesan

Risaunya kalau anak anak kecil kena demam dan selsema..yelaa...kecil lagi kan..masa tu baby baru 30 hari, jangkit selsema dengan si kakak..aduh la hai...kesiannya..malam tu pukul 4 pagi baru tidur gara2 hidung sumbat..cuba petua lama iaitu guna kunyit, pastu sapu kat batang hidung, berkesan tapi lambat
kot...hmm nasibbaik kebetulan masa tu sepupu datang menjenguk....dia cakap sapu minyak panas kat belakang punggung,  kat hujung tulang belakang..apa erk panggilnya..lupa..hehehe..sepupu cakap urat hidung bersambung kat situ...waaaa yeke..tak tahu pun..huhu..


16 January 2012

Pusat bayi tersembul @ Hernia pusat

Salam..my 2nd baby, Dhia Hana Nadhira..lepas pantang 40 hari, pusat dia masih tersembul dan berair. Pelikkan..pusatnya nampak sangat tersembul bila dia meneran..tapi my baby tidak ada menunjukkan sebarang kesakitan sebab pusatnya itu..sebagai ibu, saya sangat2 laa risau tau..survey info kat internet, rupanya ia dipanggil hernia pusat. owh tuhan..bayi perempuan pun boleh kena hernia ke..