Lama tak update blog..
Maaf la bagi sesiapa yang singgah kat sini..tiada perkembangan pun..tak sempat langsung..sibuk memanjang..
Hari ini, saya nak sikit bercerita mengenai hipokrit..hipokrit boleh ditafsirkan sebagai :
1. Seseorang yang cakap tak serupa bikin. Depan kawan cakapnya cukup baik, dibelakangnya dikutuk, difitnah dan dikeji. Memang ramai manusia yang memiliki sifat seperti ini. Bagi sesiapa yang berada dalam organisasi terutamanya di tempat kerja pasti akan berhadapan dengan manusia sebegini. Sukar sekali untuk mempercayai sesiapa pun disekitar anda.. Jadi berhati-hatilah bila bersahabat. Jangan terlalu mudah memberitahu rahsia..
2. Individu yang mempunyai pelbagai idea menarik dan bernas tapi diri sendiri tak buat. Sebagai contoh memberikan idea tentang penggunaan beg khas ketika membeli barang di komplek membeli belah bagi mengurangkan penggunaan kertas. Beri bermacam-macam ceramah tapi sendiri tak boleh buat..
3. Orang yang komen tentang orang lain tapi beliau sendiri melakukan. Sebagai contoh si A ‘komplen’ yang si Z suka mengorat pompuan kat internet tapi beliau sendiri selalu ngorat awek kat ‘facebook’.
4. Melarang orang melakukan sesuatu tapi beliau pun melakukan. Kalau kita baca dalam akhbar bukan sedikit kes imam, ustaz yang dipenjarakan kerana jenayah yang tak boleh diterima akal.. Sebagai imam/ustaz sudah pasti banyak ceramah untuk melarang dari berbuat dosa. Tapi apakan daya…
Jadi, rakan-rakan sekalian, adakah anda termasuk dalam golongan-golongan di atas?? Tepuk dada tanya laa diri sendiri.
Mungkin tanpa kita sedari, kita mungkin terjebak kepada perkara- perkara yang boleh menambah dosa. Sebagai manusia, kita tidak terlepas untuk disakiti dan menyakiti orang lain. Kadang-kadang alpa dengan kebaikan diri sendiri sehingga kita hanya nampak keburukan orang lain.
Saya pernah mengalami nasib yang sama di atas. Puncanya ketidakpuasan hati dengan rakan kerja. Biasalah, manusia bukannya sempurna. Sakit hati atau apa apa yang berkaitan dengan kerja selalunya akan diluahkan kepada rakan yang lain yang kononnya rapat dan baik. Dan tidak disangka pula orang tersebut menjadi batu api dalam hubungan rakan ofis. Memang tidak ku sangka. Ya ampun, kenapa mesti begini. Saya hanya meluahkan rasa tidak puas dan hanya mahu mengurangkan tekanan semasa kerja sahaja.
Harapkan pagar, pagar makan padi rupanya. Sakitnya hati mengingatkan orang tersebut bermati matian berjanji untuk tidak menyampaikan apa yang diceritakan. Aaahhhhhh...Perasaan dikhianati memang menyakitkan. Terasa mahu saja ku menyerang orang tersebut. Aaahhhh geram geram geram..namun apa kan daya ku. Nasi sudah jadi bubur.
Pengalaman ini cukup mengajar saya berhati hati dalam memilih kawan dan tempat meluahkan masalah. Memang saya juga bersalah dalam hal ini namun orang tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian iaitu menjadi batu api antara saya dan rakan ofis. Tak patut langsung!!
Sebenarnya kita lupa ada yang sedia dan sentiasa sudi mendengar luahan hati kita. Tak kira siang malam pagi dan petang, Dia tetap ada untuk kita. Ya allah, ya rahman, ya rahim..tenangkan lah hatiku yang gundah gulana ini..amin..
Published with Blogger-droid v1.7.1
No comments:
Post a Comment