09 November 2011

Kongsi Info : Kelengkapan Bersalin @ Barang2 Keperluan Bayi Baru Lahir



Salam.
Hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk penyediaan barang2 bersalin dan bayi baru lahir. Senarai berikut berdasarkan carian dari internet dan juga pengalaman saya untuk perkongsian bersama.


  • Persediaan untuk bayi
  1. Baju siang baby - 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
  2. Baju malam baby - 5 Pasang.
  3. Stokin tangan n kaki.
  4. Napkin kain - utk bedung dia.
  5. Pampers - newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  6. Wet tissue @ tisu basah - dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  7. Topi baby.
  8. Selimut baby dan bantal baby.
  9. Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau).
  10. Kain lampin.
  11. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
  12. Tuala.
  13. Sabun baby.
  14. Syampu baby.
  15. Sikat rambut.
  16. Losyen.
  17. Putik kapas - untuk cuci pusat.
  18. Cotton buds.
  19. Bedak baby (bukan talcum).
  20. Besen mandi baby.
  21. Bakul alatan mandian.
  22. Pelapik getah.
  23. Pemotong kuku.
  24. Raga/ bakul - untuk letak pakaian baby.
  25. Beg bayi.
  26. Tilam.
  27. Katil. *
  28. Termometer. *
  29. Nursing Pillow - bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
  30. Car seat & stroller. *
  31. Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *
* item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.

  • Persediaan untuk ibu
  1. Set jamu bersalin
  2. Stokin
  3. Bra untuk menyusu
  4. Baju untuk menyusu
  5. Maternity pad - bagi saya, midnight pad pun sudah cukup
  6. Pantyliners
  7. Disposal panties
  8. Bekung
  9. Pati ikan haruan - bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan
  10. Susu menyusu - minum semasa berpantang
  11. Biskut - senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli

Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital

  • Beg baby
  1. Baju 4 helai - 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad.
  2. Kain lampin - 3 helai.
  3. Stokin tangan n kaki. - 3 pasang.
  4. Napkin kain - utk bedung dia - 2 helai.
  5. Pampers - 10 keping.
  6. Barut.
  7. Topi - 2.
  8. Bantal.
  9. Tuala - 1 helai.
  10. Minyak yuyi.

  • Beg ibu
  1. Buku merah
  2. IC
  3. Baju Tshirt - 1 helai.
  4. Kain baju kurung @ skirt labuh - 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe).
  5. Pad - 6 keping.
  6. Disposal panties - 4 (senang, buang je terus).
  7. Minyak panas - sapu kat perut.
  8. Stokin.
  9. Tuala.
  10. Berus gigi, ubat gigi, sabun.
  11. Majalah.
  12. Termos
  13. Gelas
  14. Sudu
  15. Sedikit biskut
  16. Milo 3 in 1
  17. Charger hp
Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. =)

No comments: