25 March 2011

Bercuti di JAKARTA , Best ke tak??



Salam..pengalaman gi jakarta pada mac 2011..best ker tak..bagi saya, shopping best laa kot, tapi makanan nya, eeeeeiiiii memang tak lalu laa tambah2 untuk yang berbadan dua ni..hukhuk..ermm citer sket bg sesapa yg nak tahu bajet ker pengalaman ker..

Hari pertama;
Sampai kul 4pm. Check in hotel Condotel Golden Sky. Lebih kurang 1.2 juta rupee untuk 3 mlm.. kondo 2 suite bedroom. Kat sana 3 star kot..notbad untuk merehatkan badan..ooo kat sana jam die awal sket daripada malaysia. Kita pukul 4pm sana 3pm tp waktu nye sama jer..maksud saya pagi, kat malaysia matahari terbit kul 7 tp jam sana kul 6..begitu..tapi sy citer ikut jam malaysia laa yer..

Hari kedua;
Dalam 9.30am gerak gi Mangga 2..kedai buka dalam kul 10.30 - 11am..kat situ jual macam2 barang. Beg, wallet, kasut, telekung..sy beli telekung kat situ dalam rm60 kain cam sutera, bunga sampai belakang..ok laa..murah..cuma kena pandai tawar laaa..sebelum shopping mkn dulu kat situ tp serius x sedap..pastu br shopping..actually agak susah laa nk cr makanan..hukhuk tepi2 jalan ni bukan boleh caye sangat..ade gerai bebek (itik)panggang dan babi panggang sebelah je..huhu..so better makan kat mall atau suh driver cari kedai halal cam kedai padang..kul 5pm kuar gi amik gambo kat obor2 emas @ monal..pusing2 jap balik, tapau nasi padang, balik makan kat hot..kenyang laa perut seharian x makan.

08 March 2011

Kongsi resepi ringkas paratha macam hot&roll

Actually sy suka sgt hot & roll yg jual kat kedai tuh..giler bangat..crispy chicken n cheese..waaa sedap..paratha chicken n cheese..huhu.. dah suka sangat hubby pun suh wat sendiri sebab kira mahal laa gak kalo dah kumpul byk2..hihi..paratha atau roti canai beku ade jual kt pasaraya2..saya selalu beli kat tesco..brand?..banyak brand..pergi laa survey2..
Ok..saya nak share idea cane nk wat paratha cam hot & roll..macam jer laa..rasa lebih kurang jer..nak jimat..hihi

gambar hiasan jer ni

Hidangan untuk 1 org

Resepi paratha sosej blackpepper n cheese

Bahan bahan:
1 keping paratha
1 sosej blackpepper (ikut suka sosej ape pun)
1/2 bawang bombay @ bawang kuning (cincang halus)
Cheese mozarella @ cheese keping pun boleh jugak (potong kecik2)
serbuk blackpepper
Sos blackpepper
Sos cili

Cara cara:

Panaskan minyak dan gorengkan sosej hingga masak..angkat dan hiris nipis secara serong.
Panaskan fry pan guna api perlahan jer, paratha digoreng tanpa minyak..
Setelah sebelah nya dah nampak cam masak @ garing, balik kan dan susunkan kepingan sosej separuh daripada paratha tersebut sebab nanti nak lipat 2..hot&roll lipat 4..saya lipat 2 jer..
Kemudian, taburkan bawang kuning, cheese, serbuk blackpepper, sos2. Lipat 2 dan balikkan nk suh cheese cair jap dan terus angkat..
Pastikan guna api slow jer sebab takut hangus..bila dah balikkan kena terus cepat2 letakkan isi2..dan jgn letak isi nyer banyak sgt sebab nanti susah nk lipat..terkeluar terkeluar isinya nanti susah nk balikkan..huhu..
Sangat sesuai untuk sarapan pagi dan makan malam yang ringkas bagi sesiapa yang mahu keringkasan..hehe..selamat mencuba!!

Kongsi Resepi nasi goreng lada hitam teringkas!!

Disini saya nak kongsi resepi nasi goreng lada hitam campur ikan bilis special yang ringkas..ramuan yang ringkas tapi pastinya sedap..hehe..memang terangkat..ni resepi saya sendiri..tak copy dari mana mana pihak pon..suami pon suka..itu yang pentung..hihi..


Hidangan untuk 2 orang

Bahan bahan :
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
1 ulas Bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit cili api* (ikut selera masing2, nak pedas letak byk)
1 sudu kecil Lada hitam* (pun ikut selera masing2, nak pedas letak byk)
Nasi
Sedikit minyak
Garam
(Bahan bertanda * ditumbuk lumat)

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak, goreng telur. kacau jadi scamble egg. Ketepikan
Kemudian letak minyak lg (kuantiti utk menumis), goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yg sama, tumis kan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau (dalam 1 minit lebih kurang), kemudian taruk garam secukup rasa dan nasi..kacau sebati kemudian masuk kan telur dan ikan bilis yang telah digoreng tadi..dan kacau lagi.biarkan seketika di atas api kacau lagi dan Siap!!! (Petua mak, lg lama kita goreng nasi atas dapur tuh lg sedap..yeke xtau laa..cuba laa..)
Kalau nak letak ikan bilis masa nak hidangan pon boleh jugak sebab kalau tak makan terus ikan bilis jadi tak garing..tapi saya prefer letak masa goreng lagi =) selamat mencuba...

* kalo nak letak ayam pon boleh jugak

01 March 2011

Antara zat makanan yang diperlukan ibu mengandung

1. Protein -meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

2. Karbohidrat -Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3. Asid Folik -mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4. Selenium -mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5. Flavonoids -Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

6. Zat Besi -Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7. Vitamin E -Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah: Air kencing Tekanan darah Berat badan Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu) Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut: Air kencing Tekanan darah Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya

Lawatan Seminggu Sekali Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin -akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol -meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium -ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A -jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin -sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit -boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok -ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak -seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu -kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan -makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.