25 April 2011

Tips bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita..

Berikut ini saya kongsikan tip-tip bagaimana untuk memenangi hati seorang wanita, kekasih@isteri anda.
Semua tips ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan ianya memang berkesan dan praktikal untuk diamalkan.
Setiap wanita memang sentiasa mahukan perhatian.

P/s-Tip-tip ini adalah khusus untuk para suami dan isteri saja. Yang masih belum berkahwin, jangan nak menggatal untuk mencubanya…
  1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan lain dan peluklah dia.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  5. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  6. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  7. Terima perasaannya dengan hati terbuka bila dia merasa marah.
  8.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  9. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut m persediaan.
  10. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia hal itu.
  11. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu p katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya
  12. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati. Biarkan di merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
  13.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat tekanan kerja, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk mengenai sesuatu.
  14. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya
  15. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya pada dia.
  16. Jika selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yan dicuci atau kerja membasuh yang sukar. 
  17. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat, tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang dilakukannya
  18. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli apa yang ingin dipesannya? Dan anda janganlah lupa pula untuk membeli untuknya.
  19. Berikan pada dia sekurang-kurangnya lima kali pelukan kasih sayang setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  20. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesua menarik, atau hanya berkata ‘Saya Sayang Awak…Muahhhs’.
  21. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
  22. Letakkan pakaian yang kotor @ sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan
  23. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh atau tidak. Tolong buang sampah untuknya. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu
  24. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai agar dia tidak risaukan anda.
  25. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya dari masa ke semasa.
  26. Sentiasa bersihkan diri anda,gosok gigi dan pakai wangi-wangian terut sebelum ‘bersama’ @ jimak.
  27. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian Jangan tegus direct masa tu juga.
  28. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya
  29. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk saja semata-mata.
  30. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, tumpukan perhatian kepadanya. pendengar yang baik.
  31. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Adab di depan khalayak mesti dijaga juga.
  32. Bila anda memegang tangannya, peganglah dengan penuh perasaan dan kemesraan. Jangan pegang macam robot!
  33. Ambil tahu dan ingat betul-betul, apakah makanan atau minuman yang dia suka. Beli @ masak makanan atau minuman yang dia sukai.
  34. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya menentukan di mana hendak makan. Anda lelaki, jadi anda lebih tah membuat keputusan.
  35. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suk selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  36. Berikan perhatian yang lebih kepadanya berbanding orang lain ketika anda di khalayak ramai @ bersama kawan-kawan. Ingat, isteri anda terlebih laya dilayan lebih istimewa berbanding kawan-kawan anda!
  37. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-ana menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama d awal sebagai contoh kepada mereka kelak.
  38. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel yang boleh menyentuh hatinya perlu berjiwa remaja kadangkala untuk memenangi hatinya.
  39. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna dan corak yang lebih digemarinya.
  40. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau majlis-majlis tertent kenang-kenangan.
  41. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik
  42. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
  43. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selama terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sed anda boleh laju.
  44. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menun anda ambil berat tentangnya. Contoh, “Awak nampaknya gembira hari ini” nampak letih la” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu a mengembirakannya dan sebaliknya.
  45. Kalau dapat, bangun solat malam @ qiamullail bersama-sama. Ini kalau dapat memang boleh menarik rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga anda.
  46. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
  47.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal perkenalan dulu
  48. Kalau ada apa-apa kerosakan kecil dirumah, cuba perbaiki nya secepat mungkin.
  49. Tolong asah pisau.
  50. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yan pecah. 
  51. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar dan sebagainya.
  52. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
  53. Pastikan bilik mandi sentiasa bersih dan berbau harum.
  54. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa baranga dibawanya. Jadilah lelaki yang gentleman.
  55. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjala barangan yang hendak dibawa di kereta
  56. Bila dia memasak untuk anda, pujilah masakannya. Jangan sekali-ka komplen masakannya.
  57. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dinyatakannya. Pada waktu-waktu tertentu pegang dia dengan tangan anda bila anda sedang berbicara dengannya.
  58. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia sedang buat, pada buku yang baca,dan pada orang lain yang dia kontek.
  59. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila and keluar rumah @ pergi kerja.
  60. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila d sesuatu untuk anda. Hargai dia seadanya.
  61. Rancanglah untuk makan angin bersamanya setidak-tidaknya sekali setahun 
  62. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya 
  63. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. Minta pandangannya tentang dan hargai pandangannya.
  64. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah me perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menun anda ambil berat padanya. 
  65. Untuk mendapat cinta, anda mesti terlebih dahulu memberikan cinta setulus Sekian, begitulah beberapa tips dan cara bagaimana untuk menjaga hati seorang wanita.

No comments: