14 April 2011

Cara bersihkan kerak susu pada puting botol susu dengan berkesan


Pastinya ibu2 mesti pening memikirkan bagaimana cara nak pastikan puting botol susu anak2 sentiasa bersih dari kerak susu..penat gosok dgn berus tapi tak jugak hilang..
kerak susu ni kalau dibiarkan boleh penuh keliling puting kan pastu berbau plak tuh..
beli berus yang itu yang ini semua tak jalan..huhu..ade petua suh basuh dengan garam la dan goncangkan dengan beras la..saya tak penah cuba pun petua2 tu..

saya ade cara lagi senang..caranya ambil berus basuh periuk, pastikan ia nya bersih sebelum guna..
gosokkan perlahan berus tersebut pada bahagian yg ada kerak susu..

jangan la sental macam nak basuh periuk plak tau..hihi..sekadar untuk menghilangkan kerak tersebut jer..jangan lupa letakkan sedikit sabun khas basuh botol susu untuk memudahkan proses membersihkan..

cara ini boleh membersihkan dan mengurangkan kerak susu..bukan boleh hilang terus yer puan2..
kalau yang sket2 boleh laa hilang tapi kalau puting tu memang dah tebal dan penuh dengan kerak2 tersebut, tukar sahaja laa dengan baru..
cara saya ini hanya untuk mengurangkan kerak susu supaya puting botol tahan lama untuk digunakan jer..bila tiba masanya puting tersebut kena laa ditukar juga..

selamat mencuba yer..

No comments: