06 September 2013

Kongsi tips ; beli tilam

Salam. Rajin plak nak update blog. Hehe.  So hari ni nak cerita pasal tilam. Huhu. Tips beli tilam. Tapi seriously, tak rugi pun melabur kat tilam ni. Sebab lebih kurang 1/3 dari kehidupan sehari korang, korang mesti spend atas tilam. Betul x? Huhu. Jadi, keluar la bajet lebih sikit untuk beli tilam yg selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga. 
Secara ringkas nya, tips beli tilam dari saya pada hari ini ialah cari yang pocket spring. Apa itu pocket spring? Spring dia kecil kecil je. Apa fungsi dia? Sila tanya encik google. Cari tilam yang tak yah balik2. Kalau tilam dulu, pakai dalam masa tertentu, kena pusing sebab dah tenggelam. Pastu tilam tu kena ada topping kat atas. Terpulang la nak latex ke foam ke. Ada keras ada lembut. Bagi yang belum tua, cari yang yang sedang2. Tak lembut tak keras. Ada tilam keras cam kayu kot rasanya. Tapi itu untuk orang tua yang ada sakit belakang. Terlalu lembut pun tak bagus untuk menyokong tulang belakang bila tidur. Nak senang, cari yang 5 zon yang mana fungsi nya ikut lentik belakang kita. Dan last skali bajet. Hehe. Untuk ciri2 di atas, biasa dalam 2k hingga ke 3k buat masa sekarang. Yang paling penting beli yang buatan kilang, cam king koil ke. Sesetengah kedai, diorang ada tilam house brand yang mana nama tilam tu korang tak pernah dengar pun kat luar, diorang ambil spec2 tilam kilang yang famaous pastu ubah yang mana nak ubah mungkin kurang kan spec, pastu letak nama sendiri gitu, modal mungkin murah, tapi jual mahal. Huhu. 
Ops jangan lupa, saiz tilam. Saya nasihat beli je saiz king terus. Nanti bila dah anak nanti, tak muat tidur. Percaya la cakap saya. Rugi sekarang tapi untung masa depan. Hehe
Beli kat mana? Saya suggest pergi kat Sharina Design mattress super store kat bandar sri damansara. 

Harga tilam kat sini lagi murah compare dengan kedai yang saya survey sebelum ni. Maklum la kedai yang saya survey tu kedai cha ya nun alif. Musti la mahal kan. Standard la. tapi ini kedai melayu. Owner orang kelantan. Mesra. Tanya je dia, semua dia jawab. Ini apa, bagaimana, mengapa, kenapa, untuk apa. Hehe. Memang susah nak jumpa orang kita buat bisnes tilam ni. Jadi, sokong la orang kita. Hehe.
Haa lagi 1, pasal katil. Kami dah 3 tahun lebih tidur atas tilam je, katil dah dibuka sebab anak sulung 3x jatuh katil. Hukhuk. Sayang nya katil tu dah la solid wood, kayu jati lagi tu. hubby bagi kat mentua. Hukhuk. So kami dah tak da katil dah. Itu nanti la, tunggu anak2 dah besar dan tidur bilik sendiri, baru fikir balik. Hukhuk.
Harap paparan saya dapat membantu bagi siapa nak cari tilam. Wassalam.

5 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas kesudian berkongsi maklumat n pengalaman.

Suhaily ahmad juffri said...

Nice sharing :-)

mamamia said...

Bagus perkongsian ni...huhu Saya pakai tilam vono..mak aiii sakit.tulang belakang..bkn mkin ok huhu..pakai tilam ikea kena serang bed bugs plk..tp ok sikit dr tilam vono tu..range harga beli RM700 ke 800..tilam brand ape yg btl2 selesa ek?? Ingt nk try king koil.ok ke??

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

MAmamia...br ingt nk beli tilam vono...jap...bugs bed tu apa ek?

Kingkura said...

Thanks for sharing King Koil and King Koil will continue the leadership for sleeping products. May see more of King Koil products and review at:
http://kidbuxblog.com/king-koil-leaders-in-the-manufacture-sleep-products/