29 September 2013

Kecoh ; pakcik guard kena maki dengan isteri pemain bola sepak negara

Salam. 24/9/2013, kecoh 1 malaysia pasal seorang pakcik guard kena maki oleh seorang wanita yakni isteri kepada pemain bola sepak yang agak terkenal. Siapa yang tak tahu pasal ni, mesti dia takda facebook. Betul tak? Huhu. Mmm macam macam la sekarang ni. Siapa tak tengok lagi, cari la kat you tube mesti ada. Nak cakap pasal salah siapa, korang mesti tahu kan. Huhu.  Sehinggakan bekas mufti perlis iaitu dr mohd asri @ drMAZA pun turut memberi komen beliau tentang perkara ini.  


Dan beberapa kritikan lain 


Huhu. Kritikan demi kritikan dibaca. Sampai nak tergelak pun ada. Kawan kawan, kalau korang kutuk wanita terbabit, sama je korang dengan dia tau. So takyah la nak sedekahkan pahala korang kat dia. Penat tau buat pahala ni. Huhu. Apa pengajaran yang kita dapat dari kes ini? Jangan sekali2 berniat untuk mengaibkan orang lain, nanti Allah akan buka aib kita. MasyaAllah, minta la dijauhkan segala kemungkaran. 

Satu lagi saya tak faham. Mestikah kena wujudkan macam ni 


40k likes pakcik guard ni. Huhu. 

Saya tersedar sekarang bahawa cepatnya gosip2 ni tersebar. Memang pantas tersebar. Jadi, pilihan dosa atau pahala di tangan sendiri. Jangan sampai berita yang anda sampaikan itu menjadi fitnah. Ingat ye. Ws

P/s ; sori la, malas nk hide2 nama u all. Hehe. Jangan marah erk kalau terbaca post saya yang ni



No comments: