05 December 2010

Mouse Pelik

Tetikus/Mouse Paling Mahal Di Dunia

    Tetikus ini berharga USD 26,730. Ia dihiasi dengan emas putih 18 karat dan 59 potongan berlian/permata. Pada permukaan tetikus ini, berlian/permata tersebut disusun dengan 2 pola sama ada berbentuk bunga atau berselerak.



 
 
 

Tetikus/Mouse Dengan Pelbagai Butang/Kekunci

    Tetikus ini bernama OOMouse dan dikeluarkan oleh WarMouse.Ia merupakan salah satu tetikus komputer pertama yang menggabungkan joystick analog dan yang membolehkan joystick digunakan sebagai sebuah keyboard.Ia merupakan tetikus aplikasi pelbagai butang pertama yang direka untuk pelbagai aplikasi perisian termasuk Adobe Photoshop,Autodesk AutoCAD, Microsoft Office dan OpenOffice.org.Ia mempunyai 18 butang,1 joystick analog dan menyokong 52 perintah.OOMouse ini berfungsi dengan baik untuk Linux,Windows mahu pun Mac.




Tetikus dengan kalkulator dan keypad nombor, 3 dalam 1 - Canon’s X MARK I MOUSE

    Canon’s X MARK I MOUSE  merupakan tetikus atau mouse wireless laser yang boleh digunakan sebagai kalkulator dengan keypad nombornya boleh digunakan untuk PC. Ia membolehkan penggunanya mengawal komputer dan membuat pengiraan dengan alat yang sama. Ia mempunyai 3 butang klik dengan  roda skrol dan paparan 10 digit untuk kalkulator selain daripada keypad nombor. Mouse wireless laser (1200dpi) ini menggunakan Bluetooth 2.0. Mouse ini menggunakan bahan yang sebahagiannya adalah daripada bahan kitar semula mesin fotokopi Canon. Ia dijual dengan harga 48.99 Euro.



 

sumber ;  ilmublogspotdisebar.blogspot

No comments: