08 March 2011

Kongsi resepi ringkas paratha macam hot&roll

Actually sy suka sgt hot & roll yg jual kat kedai tuh..giler bangat..crispy chicken n cheese..waaa sedap..paratha chicken n cheese..huhu.. dah suka sangat hubby pun suh wat sendiri sebab kira mahal laa gak kalo dah kumpul byk2..hihi..paratha atau roti canai beku ade jual kt pasaraya2..saya selalu beli kat tesco..brand?..banyak brand..pergi laa survey2..
Ok..saya nak share idea cane nk wat paratha cam hot & roll..macam jer laa..rasa lebih kurang jer..nak jimat..hihi

gambar hiasan jer ni

Hidangan untuk 1 org

Resepi paratha sosej blackpepper n cheese

Bahan bahan:
1 keping paratha
1 sosej blackpepper (ikut suka sosej ape pun)
1/2 bawang bombay @ bawang kuning (cincang halus)
Cheese mozarella @ cheese keping pun boleh jugak (potong kecik2)
serbuk blackpepper
Sos blackpepper
Sos cili

Cara cara:

Panaskan minyak dan gorengkan sosej hingga masak..angkat dan hiris nipis secara serong.
Panaskan fry pan guna api perlahan jer, paratha digoreng tanpa minyak..
Setelah sebelah nya dah nampak cam masak @ garing, balik kan dan susunkan kepingan sosej separuh daripada paratha tersebut sebab nanti nak lipat 2..hot&roll lipat 4..saya lipat 2 jer..
Kemudian, taburkan bawang kuning, cheese, serbuk blackpepper, sos2. Lipat 2 dan balikkan nk suh cheese cair jap dan terus angkat..
Pastikan guna api slow jer sebab takut hangus..bila dah balikkan kena terus cepat2 letakkan isi2..dan jgn letak isi nyer banyak sgt sebab nanti susah nk lipat..terkeluar terkeluar isinya nanti susah nk balikkan..huhu..
Sangat sesuai untuk sarapan pagi dan makan malam yang ringkas bagi sesiapa yang mahu keringkasan..hehe..selamat mencuba!!

1 comment:

Puva said...
This comment has been removed by the author.