Semua tips ini ditulis berdasarkan hasil kajian dan ianya memang berkesan dan praktikal untuk diamalkan.
Setiap wanita memang sentiasa mahukan perhatian.
P/s-Tip-tip ini adalah khusus untuk para suami dan isteri saja. Yang masih belum berkahwin, jangan nak menggatal untuk mencubanya…
- Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan lain dan peluklah dia.
- Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
- Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
- Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
- Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
- Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
- Terima perasaannya dengan hati terbuka bila dia merasa marah.
- Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
- Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut m persediaan.
- Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia hal itu.
- Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu p katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya
- Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati. Biarkan di merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
- Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat tekanan kerja, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk mengenai sesuatu.
- Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya
- Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya pada dia.
- Jika selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yan dicuci atau kerja membasuh yang sukar.
- Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat, tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang dilakukannya
- Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli apa yang ingin dipesannya? Dan anda janganlah lupa pula untuk membeli untuknya.
- Berikan pada dia sekurang-kurangnya lima kali pelukan kasih sayang setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
- Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesua menarik, atau hanya berkata ‘Saya Sayang Awak…Muahhhs’.
- Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
- Letakkan pakaian yang kotor @ sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan
- Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh atau tidak. Tolong buang sampah untuknya. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu
- Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai agar dia tidak risaukan anda.
- Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya dari masa ke semasa.
- Sentiasa bersihkan diri anda,gosok gigi dan pakai wangi-wangian terut sebelum ‘bersama’ @ jimak.
- Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian Jangan tegus direct masa tu juga.
- Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya
- Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk saja semata-mata.
- Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, tumpukan perhatian kepadanya. pendengar yang baik.
- Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Adab di depan khalayak mesti dijaga juga.
- Bila anda memegang tangannya, peganglah dengan penuh perasaan dan kemesraan. Jangan pegang macam robot!
- Ambil tahu dan ingat betul-betul, apakah makanan atau minuman yang dia suka. Beli @ masak makanan atau minuman yang dia sukai.
- Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya menentukan di mana hendak makan. Anda lelaki, jadi anda lebih tah membuat keputusan.
- Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suk selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
- Berikan perhatian yang lebih kepadanya berbanding orang lain ketika anda di khalayak ramai @ bersama kawan-kawan. Ingat, isteri anda terlebih laya dilayan lebih istimewa berbanding kawan-kawan anda!
- Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-ana menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama d awal sebagai contoh kepada mereka kelak.
- Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel yang boleh menyentuh hatinya perlu berjiwa remaja kadangkala untuk memenangi hatinya.
- Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna dan corak yang lebih digemarinya.
- Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau majlis-majlis tertent kenang-kenangan.
- Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik
- Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
- Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selama terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sed anda boleh laju.
- Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menun anda ambil berat tentangnya. Contoh, “Awak nampaknya gembira hari ini” nampak letih la” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu a mengembirakannya dan sebaliknya.
- Kalau dapat, bangun solat malam @ qiamullail bersama-sama. Ini kalau dapat memang boleh menarik rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga anda.
- Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
- Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal perkenalan dulu
- Kalau ada apa-apa kerosakan kecil dirumah, cuba perbaiki nya secepat mungkin.
- Tolong asah pisau.
- Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yan pecah.
- Tolong gantikan lampu yang telah terbakar dan sebagainya.
- Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
- Pastikan bilik mandi sentiasa bersih dan berbau harum.
- Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa baranga dibawanya. Jadilah lelaki yang gentleman.
- Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjala barangan yang hendak dibawa di kereta
- Bila dia memasak untuk anda, pujilah masakannya. Jangan sekali-ka komplen masakannya.
- Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dinyatakannya. Pada waktu-waktu tertentu pegang dia dengan tangan anda bila anda sedang berbicara dengannya.
- Tunjukkan minat anda pada apa yang dia sedang buat, pada buku yang baca,dan pada orang lain yang dia kontek.
- Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila and keluar rumah @ pergi kerja.
- Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila d sesuatu untuk anda. Hargai dia seadanya.
- Rancanglah untuk makan angin bersamanya setidak-tidaknya sekali setahun
- Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya
- Belikan untuknya makanan yang dia gemari. Minta pandangannya tentang dan hargai pandangannya.
- Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah me perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menun anda ambil berat padanya.
- Untuk mendapat cinta, anda mesti terlebih dahulu memberikan cinta setulus Sekian, begitulah beberapa tips dan cara bagaimana untuk menjaga hati seorang wanita.
No comments:
Post a Comment