05 July 2013

Orang yang paling rapat

Siapa orang yang paling rapat dan dekat dengan hati kita? ibu? ayah? suami? isteri? anak? sepupu? best friend forever? semua nya tak! Siapa lagi kalau bukan Pencipta kita yang SATU. walaupun seerat mana hubungan kita dengan manusia, namun hanya DIA yang tahu segala gala apa yang kita rasakan, apa yang kita sembunyikan dari orang yang paling rapat. aku sangat cintakan ALLAH. hanya ALLAH yang tahu apa rahsia hatiku. Hanya DIA saja yang mengerti apa yang aku rasa. Ya ALLAH, ampuni lah segala dosa dosa ku, hilangkan la segala duka ku, peliharalah aku.

Cover ipad yang sesuai untuk kanak2

Salam. Yea!! Dah dapat cover ipad baru untuk diorang. Ummi yang seronok, anak2 ummi relax je. Hehe. Diorang relax la sebab yang keluar duit nya bukan diorang kan kan. Mmm bagus juga cover nih. Tebal. Material palstik foam. Bagus la. dah kerap sangat jatuh nya. Sibbaik belum pecah lagi. Huhu. 
 Ada dua tangan. Senang nak pegang. Hehe
Tebal. Tapi agak agak selamat tak kalau jatuh bahagian depan ni. Selamat kot erk. 
Bahagian bucu pun tebal. So kalau jatuh bahagian bucu pun takde la risau sangat. 
Tapak kaki yang tebal untuk berdiri. Hikhik 
Bagus kan. Cuma agak longgar sikit. Tak ketat. Mm boleh la. janji bucu dan depan tu selamat kalau jatuh.

04 July 2013

Tips untuk tudung bawal jadi keras, senang pakai

Salam. Walaupun sekarang berlambak2 tudung express, sy tetap pakai tudung bawal. Sebab bila pakai tudung bawal ni, ia nya menampakkan kita lebih muda berbanding dengan tudung express nampak lebih tua dari usia sebenar. Huhu. Ini adalah fakta, bukan auta. Huhu. Tapi kadang2 pakai gak tudung express tu, sebab malas gosok kan. Hahaha

Ok, tips untuk jadikan tudung bawal jadi keras, senang nak bentuk. Sy guna easy on double starch.

Caranya senang je, dah abis gosok tudung tu, buka tengah2 lipatan, sembur sikit kat tengah tu, pastu gosok skali lagi sampai kering, dan siap boleh pakai. dah bertahun dah pakai benda ni. Huhu. Nak beli kat mana? Supermarket la tesco ke. Dan yang pasti, mydin mesti ada. Hihi

 
Senang la jadi nya..tada..abai kan muka di atas..hihi..  Ni untuk bawal yang lembik jer yang susah nak di bentuk. Kalo bagi bawal yang tebal tu, senang je nak bentuk, tak yah easy on pun ok dah. Selamat mencuba!!!

29 June 2013

Mmmmmm

Salam

Mision possible is jahit baju raya..kejap je masa berlalu..huhu..dah nak puasa..owhh..bila puasa teringin nak puasa kat kampung..bila sebut kampung dan puasa, apa la yang paling best selain berbuka puasa bersama ma dan abah..owhh really miss my arwah abah a lot..rasa macam abah ada je kat kampung nuh..rindu sangat kat abah..baru ku tahu erti kerinduan yang tiada pengujungnya..semoga arwah di tempat kan di kalangan orang yg beriman..kepada yang masih ada ibubapa, sayangi lah mereka dan berbuat baik lah tika mereka masih di dunia..
Abahhhh...😭😭😭😭😭😭😭

24 June 2013

Tak reti nak buat karangan

Salam..emmm saya heran la..macam mana ya ramai suka update blog..saya ni paling tak suka nak buat karangan..bosan tau..saya buat blog ni pun sekadar suka2 je..huhu..update pun jarang2..muaahahaha..nampak sangat ada sifat M..huhu..siapa yang update blog tiap2 hari tu, memang saya tabik spring!!!! Toing toing!!! Pastu pergi blog orang lain dan komen2..waaaaa rajin..saya?? huhu..Ni pun sampai mengantuk mata ni haa. Ye la sebab menaip nya di tengah malam kan..mata pun dah berpinar2..huaaaaa nak tido la..gud nite..assalam..sebelum tu, tengok la si bulat saya yang ke3..danial hakeem mirza..pengganti kepada yang telah pergi..semoga jadi insan yang soleh.amin