29 September 2013

Selamat ulang tahun yang ke 2 untuk my hana

Hari ni genap umur anak saya no 2, dhia hana nadhira 2 tahun. Sakit masa melahirkan masih segar dalam ingatan. Kalau ingat balik, memang tak nak mengandung dan bersalin. Serik rasanya. Huhu tapi dah dapat adik jugak serik2 pun. Rezeki Allah nak bagi. Daku terima jua. Huhu. 



Hana, umi doakan semoga hana jadi seorang anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang baik dan semoga hana sentiasa didalam lindungan Allah. Ingat la umi dan abi di dalam doa mu kelak nak. Aminnn. Walaupun kekadang, umi geram dengan hana yang sentiasa mencabar kesabaran umi, hana tetap comel. Maafkan umi andai umi ada salah memberi tunjuk ajar ye. Umi saaaayyyannnggg hana. 

Nanti umi bawa hana gi jejalan ye. Kita 4 orang jer. Hihi. Ok. Babaii

Kongsi resepi ; masak cupcorn guna microwave 4 minit je

Salam. Hari ni kita buat cup corn. Yeah. Asyik2 beli je. Huhu. Cuba la buat sendiri. Ni la resepi yang paling mudah.  Semudah abcd. Huhu. Beli sepeket jagung manis yang dah dipotong baru 3 hinggit lebih. Dapat la dalam 4,5 cup kot. Huhu. 

Ok cara nya mudah je. Amik secawan jagung manis, basuh dan toskan sekejap kemudian letak dalam bekas tertutup. Pastu masuk kan dalam microwave, guna kuasa paling tinggi slama 2 minit, pastu kacau pastu masak lagi dalam 2 minit.

Pastu masukkan susu manis 1 sudu kecil, garam setengah sudu kecil dan mentega 2 sudu kecil. Siap!!! 


Kalau kurang garam, adjust2 la rasanya ye. Makan panas2. Bila dah sejuk tak sedap. Huhu. Ok.

Puas hati dapat makan ni. Selalu beli 1 cup tu, x cukup je rasanya. Haha. Memang stok jenis lapar jer. Huhu


Kecoh ; pakcik guard kena maki dengan isteri pemain bola sepak negara

Salam. 24/9/2013, kecoh 1 malaysia pasal seorang pakcik guard kena maki oleh seorang wanita yakni isteri kepada pemain bola sepak yang agak terkenal. Siapa yang tak tahu pasal ni, mesti dia takda facebook. Betul tak? Huhu. Mmm macam macam la sekarang ni. Siapa tak tengok lagi, cari la kat you tube mesti ada. Nak cakap pasal salah siapa, korang mesti tahu kan. Huhu.  Sehinggakan bekas mufti perlis iaitu dr mohd asri @ drMAZA pun turut memberi komen beliau tentang perkara ini.  


Dan beberapa kritikan lain 


Huhu. Kritikan demi kritikan dibaca. Sampai nak tergelak pun ada. Kawan kawan, kalau korang kutuk wanita terbabit, sama je korang dengan dia tau. So takyah la nak sedekahkan pahala korang kat dia. Penat tau buat pahala ni. Huhu. Apa pengajaran yang kita dapat dari kes ini? Jangan sekali2 berniat untuk mengaibkan orang lain, nanti Allah akan buka aib kita. MasyaAllah, minta la dijauhkan segala kemungkaran. 

Satu lagi saya tak faham. Mestikah kena wujudkan macam ni 


40k likes pakcik guard ni. Huhu. 

Saya tersedar sekarang bahawa cepatnya gosip2 ni tersebar. Memang pantas tersebar. Jadi, pilihan dosa atau pahala di tangan sendiri. Jangan sampai berita yang anda sampaikan itu menjadi fitnah. Ingat ye. Ws

P/s ; sori la, malas nk hide2 nama u all. Hehe. Jangan marah erk kalau terbaca post saya yang ni



23 September 2013

Kongsi resepi : garam kunyit

Salam..hari ni nak cerita pasal garam kunyit untuk goreng2 tu. huhu. Ni pun citer erk. Hihi. Sebenarnya sy ni tak suka sangat guna serbuk kunyit segera tu. tak kick rasanya. Pastu tak garing. Kalau guna kunyi hidup, bau dia, waaaaaaaaa memang membangkitkan selera. Nak nak, ayam goreng. Uuuuuuuu sedap nyaaaaaaaaa. Ratah camtu je sampai tinggal tulang. Huhu. Kalau balik kampung, mak mak mana pakai kunyit serbuk, semua pakai kunyit hidup,(eh my mum je. tak tahu la mak u all hihi) kalau goreng ayam, mesti tinggal separuh je sebab separuh lagi dah diratah dulu. huhu. Makan ikan goreng dengan nasi putih panas2 pastu taruk kicap pun sedap. Memang selera orang demam. Haha. Orang demam cam sy je. Tak tahu la orang lain. Hihi. 

Ok. Bahan2 nya cuma bawang putih dan kunyit hidup. Ni sy buat stok untuk berbulan2 lama nya. Elok tumbuk sebab tak taruk air. Tapi sebab banyak, baik la blend jer. Lagi senang keje. Hoho 
Kalau nak taruk serai pun boleh, lagi wangi. Kemudian potong kecik2, masuk dalam blender, taruk air sikit je tau. Taknak kasi berair. Agak2 tak leh blend, tambah la air sikit2. Blend sampai hancur. Dan ini lah hasil nya. Sy dah keluarkan letak dalam botol. 


Ambil sebungkus garam halus, masuk kan ke dalam kunyit yang dah di blend tadi. Just gaul pakai sudu je. 


Dan masa letak garam tu, letak separuh je dulu, takut terlebih garam plak, nanti masin plak jadi nya. Ni sy letak tak habis pun sebungkus garam tu.



Dah siap. Garam kunyit ni simpan je kat luar. Tak yah letak dalam peti sejuk. Kalau nak guna, amik 1 sudu kecil untuk seekor ikan. Lebih kurang la. try n error. Kalau masin, next time kurang kan dos nya. Ok. Good luck

22 September 2013

Roti tissue sedap nasi kandar kota damansara

Salam. Tadi pusing2 cari kedai hardware, singgah kat nasi kandar kat kota damansara. Pekena teh ais..mm x kaww pun..aritu punya best gak..aritu?? Tahun lepas. Hehe. Yang selalu order situ ialah roti tissue. Huhu. Panjang rooti tissue dia sampai 3  pinggan lebih. Wuhuuuu. Masa  depa bawa datang ke meja mesti ramai mata yang memandang. Haha. Yela..tinggi sangat. 
Ni gambar dari en google. Tak sempat nak snap masa makan tadi. Huhu lebih kurang la rupanya ni. 
Dah abis makan, time nak bayar plak. Jangan terkejut, harga nya RM 10.00.........spechless jap. Huhu..berbaloi ke ah? Cam rugi ja. Agagagaga. Tak caya??? Tengok la resit ni 
Roti kosong pun RM1.40 kottttttttt...huhu..adakah ini kesan kenaikan petrol baru2 ini??? 

Bak kata orang lain ; Tak pe.minyak naik 20srn je pun.

Pstttttttttttt.. Aduiihhhhh pening makk!!!!

06 September 2013

Kongsi tips ; beli tilam

Salam. Rajin plak nak update blog. Hehe.  So hari ni nak cerita pasal tilam. Huhu. Tips beli tilam. Tapi seriously, tak rugi pun melabur kat tilam ni. Sebab lebih kurang 1/3 dari kehidupan sehari korang, korang mesti spend atas tilam. Betul x? Huhu. Jadi, keluar la bajet lebih sikit untuk beli tilam yg selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga. 
Secara ringkas nya, tips beli tilam dari saya pada hari ini ialah cari yang pocket spring. Apa itu pocket spring? Spring dia kecil kecil je. Apa fungsi dia? Sila tanya encik google. Cari tilam yang tak yah balik2. Kalau tilam dulu, pakai dalam masa tertentu, kena pusing sebab dah tenggelam. Pastu tilam tu kena ada topping kat atas. Terpulang la nak latex ke foam ke. Ada keras ada lembut. Bagi yang belum tua, cari yang yang sedang2. Tak lembut tak keras. Ada tilam keras cam kayu kot rasanya. Tapi itu untuk orang tua yang ada sakit belakang. Terlalu lembut pun tak bagus untuk menyokong tulang belakang bila tidur. Nak senang, cari yang 5 zon yang mana fungsi nya ikut lentik belakang kita. Dan last skali bajet. Hehe. Untuk ciri2 di atas, biasa dalam 2k hingga ke 3k buat masa sekarang. Yang paling penting beli yang buatan kilang, cam king koil ke. Sesetengah kedai, diorang ada tilam house brand yang mana nama tilam tu korang tak pernah dengar pun kat luar, diorang ambil spec2 tilam kilang yang famaous pastu ubah yang mana nak ubah mungkin kurang kan spec, pastu letak nama sendiri gitu, modal mungkin murah, tapi jual mahal. Huhu. 
Ops jangan lupa, saiz tilam. Saya nasihat beli je saiz king terus. Nanti bila dah anak nanti, tak muat tidur. Percaya la cakap saya. Rugi sekarang tapi untung masa depan. Hehe
Beli kat mana? Saya suggest pergi kat Sharina Design mattress super store kat bandar sri damansara. 

Harga tilam kat sini lagi murah compare dengan kedai yang saya survey sebelum ni. Maklum la kedai yang saya survey tu kedai cha ya nun alif. Musti la mahal kan. Standard la. tapi ini kedai melayu. Owner orang kelantan. Mesra. Tanya je dia, semua dia jawab. Ini apa, bagaimana, mengapa, kenapa, untuk apa. Hehe. Memang susah nak jumpa orang kita buat bisnes tilam ni. Jadi, sokong la orang kita. Hehe.
Haa lagi 1, pasal katil. Kami dah 3 tahun lebih tidur atas tilam je, katil dah dibuka sebab anak sulung 3x jatuh katil. Hukhuk. Sayang nya katil tu dah la solid wood, kayu jati lagi tu. hubby bagi kat mentua. Hukhuk. So kami dah tak da katil dah. Itu nanti la, tunggu anak2 dah besar dan tidur bilik sendiri, baru fikir balik. Hukhuk.
Harap paparan saya dapat membantu bagi siapa nak cari tilam. Wassalam.

05 September 2013

Kongsi tips ; Macam mana nak print screen guna iphone

Cara untuk print screen guna iphone. Mudah jer. 
Mula2 masuk setting -> general -> accessibility -> assistive touch -> on
Pastu muncul cam hidden button boleh gerak2. Tekan button tu masuk device -> more -> screen shot. 

Faham? 

1 cara lagi, guna 2 jari, tekan button home pastu dalam masa yg sama tekan button power kat atas, terus akan screen shot. 

Simple kan. Selamat mencuba!!!!!!