05 July 2013

Orang yang paling rapat

Siapa orang yang paling rapat dan dekat dengan hati kita? ibu? ayah? suami? isteri? anak? sepupu? best friend forever? semua nya tak! Siapa lagi kalau bukan Pencipta kita yang SATU. walaupun seerat mana hubungan kita dengan manusia, namun hanya DIA yang tahu segala gala apa yang kita rasakan, apa yang kita sembunyikan dari orang yang paling rapat. aku sangat cintakan ALLAH. hanya ALLAH yang tahu apa rahsia hatiku. Hanya DIA saja yang mengerti apa yang aku rasa. Ya ALLAH, ampuni lah segala dosa dosa ku, hilangkan la segala duka ku, peliharalah aku.

Cover ipad yang sesuai untuk kanak2

Salam. Yea!! Dah dapat cover ipad baru untuk diorang. Ummi yang seronok, anak2 ummi relax je. Hehe. Diorang relax la sebab yang keluar duit nya bukan diorang kan kan. Mmm bagus juga cover nih. Tebal. Material palstik foam. Bagus la. dah kerap sangat jatuh nya. Sibbaik belum pecah lagi. Huhu. 
 Ada dua tangan. Senang nak pegang. Hehe
Tebal. Tapi agak agak selamat tak kalau jatuh bahagian depan ni. Selamat kot erk. 
Bahagian bucu pun tebal. So kalau jatuh bahagian bucu pun takde la risau sangat. 
Tapak kaki yang tebal untuk berdiri. Hikhik 
Bagus kan. Cuma agak longgar sikit. Tak ketat. Mm boleh la. janji bucu dan depan tu selamat kalau jatuh.

04 July 2013

Tips untuk tudung bawal jadi keras, senang pakai

Salam. Walaupun sekarang berlambak2 tudung express, sy tetap pakai tudung bawal. Sebab bila pakai tudung bawal ni, ia nya menampakkan kita lebih muda berbanding dengan tudung express nampak lebih tua dari usia sebenar. Huhu. Ini adalah fakta, bukan auta. Huhu. Tapi kadang2 pakai gak tudung express tu, sebab malas gosok kan. Hahaha

Ok, tips untuk jadikan tudung bawal jadi keras, senang nak bentuk. Sy guna easy on double starch.

Caranya senang je, dah abis gosok tudung tu, buka tengah2 lipatan, sembur sikit kat tengah tu, pastu gosok skali lagi sampai kering, dan siap boleh pakai. dah bertahun dah pakai benda ni. Huhu. Nak beli kat mana? Supermarket la tesco ke. Dan yang pasti, mydin mesti ada. Hihi

 
Senang la jadi nya..tada..abai kan muka di atas..hihi..  Ni untuk bawal yang lembik jer yang susah nak di bentuk. Kalo bagi bawal yang tebal tu, senang je nak bentuk, tak yah easy on pun ok dah. Selamat mencuba!!!